Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tandakan tapak web dalam Safari pada iPad

Anda boleh menandakan tapak web, menyusun penanda buku anda, atau menambahkan ikon tapak web ke Skrin Utama supaya mudah dilawati semula kemudian.

Halaman web terbuka. Butang Kongsi telah diketik, menunjukkan pilihan untuk AirDrop, Mesej, Mail, Nota, Salin, Tambah ke Penanda Buku, Tambah ke Senarai Bacaan dan Lagi.

Tandakan tapak web

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Pergi ke tapak web yang anda mahu tandakan.

  3. Ketik butang Kongsi di sebelah kanan medan carian, ketik butang Lagi, kemudian ketik “Tambah Penanda Buku ke”.

  4. Pilih lokasi, kemudian ketik Simpan.

Tandakan tab terbuka

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik butang Tab untuk melihat semua tab anda.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Tambah Penanda Buku untuk [bilangan] Tab.

Lihat dan susun penanda buku anda

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik butang Tunjukkan Bar Sisi, kemudian ketik Penanda Buku (di bawah Disimpan).

    Penanda buku, kegemaran dan item senarai bacaan yang disimpan baru-baru ini kelihatan di bahagian atas bar sisi. Yang terbaru berada di sebelah kiri dan anda boleh menskrol menerusi yang lain. Sentuh dan tahan penanda buku untuk menyalin, membuka, mengedit atau memadamnya.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Cipta folder baharu: Ketik butang Lagi, ketik Folder Baharu, masukkan nama, kemudian ketik Simpan.

    • Alihkan penanda buku ke dalam folder: Ketik butang Lagi, ketik Pilih Penanda Buku, sentuh dan tahan butang Susun Semula, kemudian seret penanda buku ke folder. Ketik butang Selesai untuk kembali ke penanda buku anda.

    • Padam penanda buku: Sentuh dan tahan penanda buku, kemudian ketik Padam.

    • Namakan semula penanda buku: Sentuh dan tahan penanda buku, ketik Edit, masukkan nama baharu, kemudian ketik Simpan.

    • Susun semula penanda buku: Ketik butang Lagi, ketik Pilih Penanda Buku, sentuh dan tahan butang Susun Semula, kemudian seret penanda buku ke lokasi baharu. Ketik butang Selesai untuk kembali ke penanda buku anda.

Lihat penanda buku Mac anda pada iPad

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Lihat Semua (bersebelahan Disimpan ke iCloud), kemudian pastikan Safari diaktifkan.

Nota: Anda juga mesti mengaktifkan Safari dalam seting iCloud pada Mac anda dan mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Lihat Sediakan iCloud untuk app Safari pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.

Tambah ikon tapak web ke Skrin Utama

Anda boleh menambah ikon tapak web ke Skrin Utama iPad anda untuk akses cepat.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Semasa melihat tapak web, ketik butang Kongsi, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama.

    Anda boleh mengaktifkan Buka sebagai App Web untuk menggunakan tapak web seperti app. Lihat Tukarkan tapak web menjadi app.

  3. Ketik Tambah.

    Ikon kelihatan pada peranti yang anda tambahnya sahaja.

Nota: Sesetengah tapak web mungkin meminta kebenaran anda untuk menghantar pemberitahuan kepada anda. Anda boleh menukar seting pemberitahuan anda pada bila-bila masa. Lihat Tukar seting pemberitahuan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.