Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Apple Intelligence dan privasi pada iPad

Apple Intelligence* menyampaikan kepintaran yang relevan untuk anda dan berdasarkan konteks peribadi anda sementara melindungi privasi anda dengan langkah perintis ke arah privasi dalam AI. Asas Apple Intelligence ialah pemprosesan pada peranti, jadi ia sedar akan maklumat peribadi anda tanpa mengumpulkan maklumat peribadi anda.

Untuk menjalankan permintaan lebih kompleks yang memerlukan lebih kuasa pemprosesan, Apple Intelligence boleh menggunakan Komputasi Awan Peribadi, yang melanjutkan privasi dan keselamatan produk Apple anda seperti iPad ke awan untuk membuka kunci kepada lebih banyak kepintaran. Komputasi Awan Peribadi menggunakan model berasaskan pelayan yang lebih besar dikuasakan oleh Apple silicon. Data anda tidak pernah disimpan. Ia hanya digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dan penyelidik privasi dan keselamatan bebas boleh mengesahkan janji privasi ini pada bila-bila masa.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPad atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iPadOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Perihal Komputasi Awan Peribadi

Apabila pengguna membuat permintaan, Apple Intelligence menganalisis sama ada ia boleh diproses pada peranti. Untuk menjalankan permintaan lebih kompleks, ia boleh menggunakan Komputasi Awan Peribadi, yang melanjutkan privasi dan keselamatan iPad anda ke awan. Dengan Komputasi Awan Peribadi, hanya data yang relevan kepada permintaan anda diproses pada pelayan Apple silicon sebelum dikeluarkan. Apabila permintaan dihalakan kepada Komputasi Awan Peribadi, data tidak disimpan atau dijadikan boleh diakses kepada Apple dan hanya digunakan untuk memenuhi permintaan pengguna. Penyelidik privasi dan keselamatan bebas boleh memeriksa kod yang berjalan pada pelayan Apple silicon yang membolehkan Komputasi Awan Peribadi untuk mengesahkan janji privasi ini pada bila-bila masa.

Pelayan Apple silicon yang membentuk asas Komputasi Awan Peribadi menyediakan keselamatan awan yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Ini bermula dengan Secure Enclave, yang melindungi kunci penyulitan penting pada pelayan seperti yang dilakukannya pada iPad pengguna, manakala But Selamat memastikan OS yang berjalan pada pelayan ditandatangani dan disahkan, sama seperti dalam iPadOS. Pemantau Pelaksanaan Dipercayai memastikan hanya kod yang ditandatangani dan disahkan berjalan serta pengakusaksian membolehkan peranti pengguna mengesahkan identiti dan konfigurasi kelompok Komputasi Awan Peribadi dengan selamat sebelum menghantar permintaan. Serta untuk mengesahkan janji privasi Apple, pakar bebas boleh memeriksa perisian yang berjalan pada pelayan Komputasi Awan Peribadi.

Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut, pergi ke Komputasi Awan Peribadi: Sempadan baharu untuk privasi AI dalam awan.

Cipta Laporan Apple Intelligence

Anda boleh menjana laporan permintaan yang iPad anda telah hantar ke Komputasi Awan Peribadi.

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik Privasi & Keselamatan.

  3. Ketik Laporan Apple Intelligence, kemudian pilih tempoh laporan untuk 15 minit (lalai) yang lalu atau 7 hari yang lalu. Pilih tak aktif untuk menyahdayakan laporan.

    Nota: Laporan mungkin kosong jika tiada sebarang permintaan Komputasi Awan Peribadi sejak anda menukar tempoh.

  4. Ketik Eksport Aktiviti, pilih tempat untuk menyimpan fail, kemudian ketik Eksport.

    Laporan ini disimpan sebagai fail yang dinamakan Apple_Intelligence_Report.json.

  5. Buka fail dengan pembaca teks.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.