Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi kandungan dalam Mesej pada iPad

Anda boleh berkongsi imej, pautan dan kandungan lain menggunakan app Mesej. Apabila seseorang berkongsi kandungan, anda boleh mencarinya dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app yang sepadan. App yang menyokong Dikongsi dengan Anda termasuk Foto, Muzik, News dan banyak lagi.

Kongsi kandungan dengan orang lain

  1. Pergi ke app Mesej pada iPad anda.

  2. Dalam perbualan, lakukan salah satu pilihan berikut:

    • Salin dan tampal imej atau pautan dalam mesej anda.

    • Ketik butang Tambah, ketik Foto untuk melayari foto dan video terbaharu, kemudian ketik untuk menambah.

    • Ketik lampiran mesej, ketik butang Kongsi, kemudian ketik kenalan atau ikon app Mesej.

      Petua: Apabila anda mengetik butang Kongsi, anda juga boleh menyalin, menyimpan atau mencetak lampiran anda.

  3. Tambah mesej (pilihan), kemudian ketik butang Hantar.

Daripada app lain (seperti Podcast, News atau Muzik), pilih kandungan yang anda mahu kongsi, ketik butang Lagi, ketik Kongsi, kemudian pilih Mesej.

Cari semua kandungan yang seseorang kongsikan dengan anda

  1. Pergi ke app Mesej pada iPad anda.

  2. Buka perbualan yang kandungannya anda mahu lihat.

  3. Ketik ikon kenalan atau kumpulan di bahagian atas perbualan.

  4. Leret kiri, kemudian ketik Foto, Pautan, Dokumen, Lokasi atau Wallet.

    Jika kategori tidak kelihatan, anda tidak menerima apa-apa jenis itu dalam perbualan ini.

Nota: Kandungan hanya kelihatan dalam Dikongsi dengan Anda jika orang yang menghantarnya berada dalam kenalan anda.

Anda boleh mencari bahagian Dikongsi dengan Anda dalam Foto, Safari, Muzik, Podcast dan app lain yang disokong. Jika anda tidak mahu item yang seseorang hantar kepada anda untuk kelihatan dalam app lain ini, ketik ikon kenalan atau kumpulan di bahagian atas perbualan, ketik Info, kemudian nyahaktifkan Dikongsi dengan Anda.

Semak dan simpan foto atau video

Jika anda menerima berbilang foto atau video pada masa yang sama, foto akan dihimpunkan secara automatik ke dalam kolaj (dua hingga tiga item) atau tindanan (empat atau lebih banyak).

  1. Pergi ke app Mesej pada iPad anda.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Lihat dalam tindanan: Ketik untuk membuka, kemudian leret menerusi tindanan untuk melihat, membalas atau berinteraksi dengan setiap foto secara individu.

    • Simpan foto atau video: Ketik butang Simpan Foto bersebelahan foto atau tindanan.

Pinkan kandungan dikongsi

Jika seseorang berkongsi kandungan yang menarik, anda boleh mengepinnya dengan cepat dalam Mesej. Ini menaikkan kandungan dalam bahagian Dikongsi dengan Anda pada app disokong, dalam carian Mesej dan dalam butiran perbualan (info yang anda lihat apabila anda mengetik ikon kenalan atau kumpulan di bahagian atas perbualan).

  1. Pergi ke app Mesej pada iPad anda.

  2. Buka perbualan dengan kandungan yang anda mahu pinkan.

  3. Sentuh dan tahan gelembung mesej yang mengandungi lampiran, kemudian ketik Pin.

Nota: Foto boleh disimpan pada pustaka anda, tetapi tidak dipinkan.

Sembunyikan kandungan dikongsi

Anda boleh melaraskan seting anda untuk menyembunyikan bahagian Dikongsi dengan Anda pada app.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Mesej.

  3. Ketik Dikongsi dengan Anda, kemudian nyahaktifkan Perkongsian Automatik atau nyahaktifkan Dikongsi dengan Anda untuk app tertentu.

Nota: Anda boleh membuat iPad anda (atau ahli keluarga) menerima amaran tentang kandungan sensitif dan memberi amaran kepada anda sebelum ia dihantar atau diterima. Lihat Terima amaran tentang kandungan sensitif atau Aktifkan atau nyahaktifkan imej dan video sensitif.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.