Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi lokasi anda dalam Cari pada iPad

Sebelum anda boleh menggunakan app Cari untuk berkongsi lokasi anda dengan rakan, anda perlu mengesetkan perkongsian lokasi.

Nota: Jika anda menyediakan perkongsian lokasi dan orang lain masih tidak melihat lokasi anda, pastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Cari. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi pada iPad.

Sediakan perkongsian lokasi

  1. Dalam app Cari, ketik Saya di bahagian kiri bawah skrin, kemudian aktifkan Kongsi Lokasi Saya.

    Peranti yang berkongsi lokasi anda kelihatan di bawah Lokasi Saya.

  2. Jika iPad anda tidak berkongsi lokasi anda pada masa ini, skrol ke bawah, kemudian ketik Gunakan iPad Ini sebagai Lokasi Saya.

Nota: Anda boleh berkongsi lokasi anda daripada iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk berkongsi lokasi anda daripada peranti lain, buka Cari pada peranti tersebut dan tukar lokasi anda kepada peranti itu.

Anda juga boleh menukar seting perkongsian lokasi anda dalam Seting  > [nama anda] > Cari.

Setkan label untuk lokasi anda

Anda boleh mengesetkan label untuk lokasi semasa anda untuk menjadikannya lebih bermakna (seperti Rumah atau Kerja). Apabila anda mengetik Saya, anda melihat label di samping lokasi anda.

  1. Ketik Saya di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik Edit Nama Lokasi.

  2. Pilih label.

    Untuk menambah label baharu, ketik Tambah Label Tersuai, masukkan nama, kemudian ketik Selesai.

Kongsi lokasi anda dengan rakan

  1. Ketik , kemudian pilih Kongsi Lokasi Saya.

  2. Dalam medan Kepada, taip nama rakan yang anda mahu kongsikan lokasi anda (atau ketik butang Tambah Kenalan dan pilih kenalan).

  3. Ketik Hantar dan pilih tempoh masa anda ingin berkongsi lokasi anda.

Anda juga boleh memaklumkan rakan atau ahli keluarga apabila lokasi anda bertukar.

Jika anda ahli kumpulan Perkongsian Keluarga, lihat Kongsi lokasi anda dengan ahli keluarga.

Berhenti berkongsi lokasi anda

Anda boleh berhenti berkongsi lokasi anda dengan rakan tertentu atau sembunyikan lokasi anda daripada semua orang.

  • Berhenti berkongsi dengan rakan: Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda tidak mahu berkongsi lokasi anda. Ketik Henti Berkongsi Lokasi Saya, kemudian ketik Henti Berkongsi Lokasi.

  • Sembunyikan lokasi anda daripada semua orang: Ketik Saya di bahagian kiri bawah skrin, kemudian nyahaktifkan Kongsi Lokasi Saya.

Balas kepada permintaan berkongsi lokasi

  1. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin.

  2. Ketik Kongsi di bawah nama rakan yang menghantar permintaan dan pilih tempoh masa anda mahu berkongsi lokasi anda.

    Jika anda tidak mahu berkongsi lokasi anda, ketik Batal.

Berhenti menerima permintaan berkongsi lokasi yang baharu

Ketik Saya di bahagian kiri bawah skrin, kemudian nyahaktifkan Benarkan Permintaan Rakan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.