Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hantar kesan beranimasi dalam Mesej pada iPad

Dalam app Mesej , anda boleh menganimasikan mesej tunggal dengan kesan gelembung atau isi keseluruhan skrin mesej dengan kesan skrin penuh (sebagai contoh, belon atau konfeti). Anda juga boleh menghantar mesej peribadi dengan dakwat halimunan yang kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.

Anda memerlukan iMessage untuk menghantar dan menerima kesan mesej. Lihat Perihal iMessage dan SMS/MMS.

Cipta dan hantar mesej tulisan tangan

Gunakan jari anda untuk menulis mesej. Penerima melihat mesej dianimasi, sama seperti dakwat yang mengalir di atas kertas.

  1. Dalam perbualan, putar iPad ke orientasi landskap, kemudian ketik medan teks.

  2. Ketik butang Tulisan Tangan pada papan kekunci.

  3. Tulis mesej dengan jari anda atau ketik butang Tutup Terbaru untuk memilih mesej disimpan, kemudian ketik Selesai.

  4. Ketik butang Hantar untuk menghantar mesej anda atau butang Keluarkan untuk membatalkannya.

    Skrin tulisan tangan dengan mesej tulisan tangan. Di kiri bawah ialah butang untuk memilih mesej disimpan. Di kanan bawah ialah butang Tunjukkan Papan Kekunci.

Selepas anda mencipta dan menghantar mesej tulisan tangan, mesej disimpan. Untuk melihat mesej disimpan anda, ketik butang Tutup Terbaru. Ketik mesej untuk menggunakannya lagi. Untuk memadam mesej disimpan, sentuh dan tahan ia sehingga mesej bergoyang, kemudian ketik butang Padam Mesej.

Gunakan kesan gelembung

Gunakan kesan gelembung untuk menganimasikan gelembung mesej.

  1. Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.

  2. Sentuh dan tahan butang Hantar, kemudian ketik titik kelabu untuk mempratonton kesan gelembung berlainan.

    Petua: Mahu menghantar mesej peribadi? Apabila anda menghantar dakwat halimunan, mesej kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.

  3. Ketik butang Hantar untuk menghantar mesej atau butang Keluarkan untuk membatalkan.

    Pratonton mesej dengan kesan dakwat halimunan. Di kanan bawah, ketik kawalan untuk mempratonton kesan gelembung lain. Ketik kawalan yang sama lagi untuk menghantar, atau ketik butang Batal di bawah untuk kembali ke mesej anda.

    Petua: Mahu menghantar mesej peribadi? Apabila anda menghantar dakwat halimunan, mesej kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.

Gunakan kesan skrin penuh

Gunakan kesan skrin penuh untuk menganimasikan skrin mesej.

  1. Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.

  2. Sentuh dan tahan butang Hantar, kemudian ketik Skrin.

  3. Leret ke kiri untuk mempratonton kesan skrin berlainan.

  4. Ketik butang Hantar untuk menghantar mesej atau butang Keluarkan untuk membatalkan.

    Pratonton mesej menunjukkan kesan skrin penuh dengan belon.

Mesej menggunakan kesan skrin yang berikut secara automatik untuk rentetan teks tertentu:

  • Belon untuk “Selamat hari lahir”

  • Konfeti untuk “Tahniah”

  • Bunga api untuk “Selamat Tahun Baharu”

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.