Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari rakan dalam Cari pada iPad

Apabila rakan berkongsi lokasi mereka dengan anda, anda boleh menggunakan app Cari untuk mencari mereka pada peta.

Nota: Jika anda mahu melihat sejauh mana rakan anda berada daripada anda, pastikan anda mengaktifkan Lokasi Tepat untuk app Cari. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi pada iPad.

Skrin Cari terbuka pada senarai Orang. Terdapat empat orang dalam senarai: Ashley Rico, Will Rico, Dawn Ramirez dan Olivia Rico. Lokasinya ditunjukkan pada peta San Francisco.

Lihat lokasi rakan

Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu cari.

  • Jika rakan anda boleh dicari: Mereka kelihatan pada peta jadi anda boleh lihat tempat mereka berada.

  • Jika rakan anda tidak boleh dicari: Anda akan melihat “Tiada lokasi ditemui” di bawah nama mereka.

  • Jika anda tidak mengikuti rakan anda: Anda akan melihat “Boleh melihat lokasi anda” di bawah nama mereka. Anda boleh meminta untuk melihat lokasi rakan.

Anda juga boleh meminta Siri mencari rakan yang telah berkongsi lokasi mereka dengan anda.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Di manakah Azim?” Ketahui cara meminta Siri.

Hubungi rakan

  1. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu hubungi.

  2. Ketik Kenalan dan pilih cara anda mahu menghubungi rakan anda. Lihat Tambah dan gunakan maklumat hubungan pada iPad.

Dapatkan arah ke rakan

Anda boleh mendapatkan arah ke lokasi semasa rakan dalam app Peta .

  1. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu dapatkan arah mereka.

  2. Ketik Arah untuk membuka Peta.

Lihat Dapatkan arah dalam Peta.

Setkan label untuk lokasi rakan

Anda boleh mengesetkan label untuk lokasi semasa rakan untuk menjadikannya lebih bermakna (seperti Rumah atau Kerja). Label kelihatan di bawah nama rakan anda apabila mereka berada di lokasi tersebut.

  1. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu setkan label lokasi.

  2. Ketik Edit Nama Lokasi, kemudian pilih label.

    Untuk menambah label baharu, ketik Tambah Label Tersuai, masukkan nama, kemudian ketik Selesai.

Tandakan rakan kegemaran

Rakan kegemaran kelihatan di atas senarai Orang dan ditanda dengan bintang.

  1. Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian cari orang yang anda mahu tandakan sebagai kegemaran.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik nama orang, kemudian ketik Tambah [nama] ke Kegemaran.

    • Leret ke kiri merentas nama orang, kemudian ketik bintang.

Untuk mengeluarkan rakan daripada Kegemaran anda, leret ke kiri dan ketik bintang, atau ketik rakan, kemudian ketik Keluarkan [nama] daripada Kegemaran.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.