Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan arah transit dalam Peta pada iPad

Dalam app Peta , anda boleh mendapatkan arah transit terperinci ke destinasi anda.

Peta menunjukkan laluan transit. Kad laluan di sebelah kiri menunjukkan butang Pergi untuk beberapa pilihan bagi laluan.

Nota: Maklumat pengangkutan awam tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Cari laluan transit

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, berikan saya arah transit ke Jeti”. Ketahui cara meminta Siri.

      Nota: Arah transit Siri tidak tersedia di semua negara atau rantau.

    • Ketik destinasi anda (seperti hasil carian dalam Peta atau tanda tempat pada peta), atau sentuh dan tahan pada mana-mana tempat pada peta, kemudian ketik butang arah.

  2. Apabila laluan dicadangkan kelihatan, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:

    • Bertukar ke arah transit: Jika transit bukan mod lalai perjalanan anda atau jika anda melihat peta transit, ketik butang Transit untuk melihat laluan transit cadangan.

    • Pilih masa bertolak atau ketibaan akan datang: Ketik Bertolak Sekarang (berdekatan bahagian atas kad laluan), pilih masa atau tarikh untuk bertolak atau ketibaan, kemudian ketik Selesai.

    • Pilih kaedah transit yang anda suka: Skrol ke bahagian bawah kad laluan, kemudian pilih keutamaan anda.

    • Pilih pilihan laluan lain: Anda boleh menterbalikkan titik permulaan dan destinasi, memilih titik permulaan dan destinasi yang berbeza dan banyak lagi. Lihat Pilih pilihan laluan lain dalam Peta pada iPad.

  3. Ketik Pergi untuk laluan yang anda mahu.

Untuk mendapatkan arah seterusnya semasa perjalanan anda, skrol ke bawah pada kad laluan. Untuk mengeluarkan arah daripada senarai, ketik arah pertama yang anda mahu kekalkan; arah lain selepas itu juga dikekalkan.

Untuk menamatkan arah sebelum anda tiba, sebut sesuatu seperti “Hai Siri, henti navigasi”, atau ketik butang Tutup pada kad laluan.

Cari ketibaan transit berdekatan dalam Kegemaran dengan cepat

Anda boleh mendapatkan akses satu ketikan ke masa ketibaan untuk hentian dan stesen berdekatan anda.

Peta menunjukkan laluan transit major. Kad Transit Berdekatan di sebelah kiri menunjukkan empat laluan cadangan.
  • Tambah Transit Berdekatan pada Kegemaran: Dalam baris Kegemaran pada kad carian, ketik butang Tambah, ketik Transit Berdekatan, kemudian ketik Selesai. (Jika anda tidak nampak butang Tambah, leret baris Kegemaran ke kiri).

  • Lihat ketibaan akan datang: Ketik Transit dalam baris Kegemaran pada kad carian.

  • Pilih garis untuk kelihatan di bahagian atas senarai Transit Berdekatan: Ketik Transit dalam baris Kegemaran pada kad carian, sentuh dan tahan garis, kemudian ketik Pin. (Untuk mengeluarkan pin, sentuh dan tahan garis lagi, kemudian ketik Keluarkan Pin).

Tambah stesen atau hentian transit ke Kegemaran

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Gunakan Siri atau cari untuk mencari stesen atau hentian transit.

    • Lihat peta transit, zum masuk atau alihkan peta sehingga anda melihat hentian atau stesen transit, kemudian ketik hentian atau stesen transit.

  2. Ketik butang Lagi (di sebelah kanan butang arah pada kad tempat), kemudian ketik Tambah ke Kegemaran.

Lihat laluan transit major

  1. Dengan peta ditunjukkan, ketik butang di bahagian atas kanan.

  2. Pilih Transit, kemudian ketik butang Tutup.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.