Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ketahui perkara yang Siri boleh lakukan pada iPad

Gunakan Siri pada iPad untuk mendapatkan maklumat dan melakukan tugas. Siri dan balasannya muncul di atas perkara yang anda sedang lakukan, membenarkan anda untuk merujuk pada maklumat atas skrin.

Siri adalah interaktif. Apabila Siri memaparkan pautan web, anda boleh mengetiknya untuk melihat maklumat lanjut dalam pelayar web lalai anda. Apabila balasan pada skrin daripada Siri disertakan butang atau kawalan, anda boleh mengetiknya untuk mengambil tindakan selanjutnya. Juga anda boleh mengetik Siri lagi untuk bertanya soalan lain atau melakukan tugasan tambahan untuk anda.

Di bawah ialah beberapa contoh perkara yang anda boleh minta Siri lakukan. Contoh tambahan juga terdapat di sepanjang panduan ini. Anda juga boleh minta Siri: Sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, apa yang boleh anda lakukan?”

Gunakan Siri untuk menjawab soalan

Gunakan Siri untuk menyemak fakta, membuat pengiraan, atau menterjemahkan frasa ke bahasa lain dengan cepat. Sebutkan sesuatu seperti:

  • “Hai Siri, apakah yang menyebabkan pelangi terjadi?”

  • “Hai Siri, bagaimanakah bunyi kucing?”

  • “Hai Siri, apakah terbitan kosinus x?”

  • “Hai Siri, bagaimana menyebut Terima Kasih dalam bahasa Mandarin?”

    Siri memaparkan terjemahan frasa Inggeris “thank you” ke pada Mandarin. Butang di bahagian kanan terjemahan memainkan semula audio terjemahan.

Gunakan Siri dengan app

Anda boleh menggunakan Siri untuk mengawal app dengan suara anda. Sebutkan sesuatu seperti:

  • “Hai Siri, sediakan mesyuarat dengan Gordon pada pukul 9” untuk mencipta peristiwa dalam Kalendar.

  • “Hai Siri, tambah articok ke senarai barangan runcit saya” untuk menambah item ke Peringatan.

  • “Hai Siri, apakah kemas kini saya?” untuk mendapatkan kemas kini tentang cuaca di kawasan anda, berita, peringatan dan peristiwa kalendar anda, serta banyak lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak contoh, lihat mana-mana yang berikut:

Gunakan Siri untuk berkongsi maklumat dengan kenalan

Anda boleh berkongsi item atas skrin seperti foto, halaman web, kandungan daripada Apple Music atau Apple Podcasts, lokasi Peta dan banyak lagi dengan orang dalam kenalan anda.

Sebagai contoh, semasa melihat foto dalam pustaka Foto anda, sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, hantar ini kepada ibu” untuk mencipta mesej baharu dengan foto.

App foto dibuka dengan foto dua orang. Di bahagian atas foto ialah mesej dialamatkan kepada Ibu, yang menyertakan foto yang sama. Siri berada di bahagian bawah skrin.

Peribadikan pengalaman anda dengan Siri

Lebih banyak anda menggunakan Siri, lebih ia mengetahui keperluan anda. Anda juga boleh memberitahu Siri tentang diri anda dan menukar cara serta masa Siri membalas. Lihat mana-mana yang berikut:

Anda juga boleh menggunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri.

Siri direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan anda boleh memilih perkara yang anda kongsi. Untuk mengetahui lanjut, lihat Tapak web Minta Siri, Perencanaan & Privasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.