Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kawal main balik dalam app Apple TV pada iPad anda

Dalam app Apple TV , anda boleh menggunakan kawalan main balik untuk memainkan, menjeda, melangkau ke belakang atau ke hadapan dan banyak lagi. Apabila anda menonton dengan rakan anda menggunakan SharePlay (iPadOS 15.1 atau lebih baharu), kawalan main balik dikongsi oleh semua orang pada panggilan FaceTime.

Gunakan kawalan main balik

Semasa main balik, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan.

Filem dimainkan, dengan kawalan ditunjukkan. Butang Tutup, Gambar dalam Gambar dan Zum berada di bahagian kiri atas. Gelangsar kelantangan berada di bahagian kanan atas. Di bahagian kiri bawah, terdapat butang untuk melangkau 15 saat ke belakang, menjeda dan melangkau 15 saat ke depan. Merentas bahagian tengah bawah ialah gelangsar yang anda boleh seret untuk melaraskan kedudukan video; masa berlalu dan baki masa muncul di kedua-dua sisi gelangsar. Di bahagian kanan bawah, terdapat butang untuk menukar destinasi video dan menunjukkan lebih banyak kawalan.

Kawalan

Perihalan

Butang Main

Main

Butang Jeda

Jeda

Butang Langkau Putar Balik 15 Saat

Langkau ke belakang 15 saat; sentuh dan tahan untuk putar balik

Butang Langkau Maju 15 Saat

Langkau ke hadapan 15 saat; sentuh dan tahan untuk maju pantas

Butang AirPlay

Strim video ke peranti lain

Butang Lebih Banyak Kawalan

Tukar kelajuan main balik, paparkan sari kata dan kapsyen tertutup, tukar bahasa dan banyak lagi (ciri tertakluk pada ketersediaan)

Butang Gambar dalam Gambar

Mulakan Gambar dalam Gambar—anda boleh terus menonton video semasa anda menggunakan app lain

Butang Zum

Tukar nisbah aspek untuk muat pada skrin

Butang Zum

Tukar nisbah aspek kepada skrin lebar

Butang Tutup

Hentikan main balik

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.