Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bermula dengan Freeform pada iPad

App Freeform memberi anda kanvas yang tidak terhad untuk kreativiti. Satukan semua perkara, termasuk foto, lukisan, pautan dan fail. Serta jemput orang lain untuk bekerja dengan anda.

Papan Freeform dengan imej, memo suara, tulisan tangan, nota lekat dan fail.

Kumpul idea dengan bebas

Anda boleh meletakkan apa-apa jenis fail dalam papan Freeform—papan putih dalam talian—tanpa perlu risau tentang tataletak atau saiz halaman. Untuk mencipta papan, ketik butang Kongsi Papan Baharu.

App Freeform menunjukkan seseorang diikuti dengan paparan, avatar dan item terpilih mereka ditanda dalam warna ungu.

Bekerjasama dengan orang lain

Ketik butang Kongsi Papan bagi menjemput orang untuk bekerja bersama pada masa nyata pada papan. Anda boleh menambah nota lekat butang Tambah Nota Lekat untuk melakukan sesi mencari ilham atau memberi maklum balas.

iPad dengan app Freeform dan menu alat lukisan dibuka. Papan termasuk tulisan tangan dan lukisan.

Serlahkan kreativiti dengan alat lukisan

Ketik butang Alat Lukisan dan Tulisan Tangan (atau hanya gunakan Apple Pencil anda) untuk mula melukis. Laraskan ketebalan garis, kelutsinaran, warna dan banyak lagi serta cubit untuk zum masuk dan keluar semasa anda bekerja.

Mac, iPad dan iPhone dengan papan Freeform yang sama dibuka.

Mulakan pada iPad anda, teruskan bekerja pada iPhone atau Mac anda

Papan Freeform yang anda simpan dalam iCloud—dan sebarang perubahan yang anda buat padanya—kekal dikemas kini pada semua peranti Apple anda apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Untuk menggunakan iCloud dengan Freeform, pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud > Tunjukkan Semua (di bahagian Disimpan ke iCloud), kemudian aktifkan Freeform.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.