Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Alihkan, saiz semula dan susun tetingkap dengan Stage Manager pada iPad

Pada model disokong, anda boleh menggunakan Stage Manager—cara baharu untuk berbilang tugas dan menyiapkan tugasan dengan mudah. Saiz semula tetingkap mengikut rupa yang anda mahukan, lihat berbilang tetingkap bertindih dalam paparan tunggal, ketik untuk bertukar antara app dan banyak lagi.

Anda boleh menghimpunkan app untuk tugasan atau projek khusus, serta menyusun, mensaiz semula dan menindihkan app dalam tataletak ideal anda.

Jika iPad anda bersambung ke paparan luaran, anda boleh menggunakan Stage Manager untuk menyeret dan melepaskan tetingkap antara iPad dan paparan luaran anda dan susunnya mengikut keperluan anda.

Aktifkan atau nyahaktifkan Stage Manager

Apabila anda mengaktifkan Stage Manager, app yang anda bekerja beralih ke bahagian tengah skrin, pada saiz yang menjadikannya mudah untuk bekerja dengannya. Semua app dibuka lain beralih ke sebelah kiri untuk membentuk senarai app terbaharu di sepanjang sisi skrin.

Paparan iPad dengan Stage Manager diaktifkan. Tetingkap semasa berada di bahagian tengah skrin dan app terbaru lain berada dalam senarai di sebelah kiri skrin.
  1. Pergi ke Seting  > Berbilang Tugas & Gerak Isyarat.

  2. Ketik kotak semak di bawah Stage Manager, kemudian aktifkan App Terbaharu.

    Skrin Seting untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Stage Manager.

    Anda juga boleh membuka Stage Manager dengan membuka Pusat Kawalan, kemudian mengetik butang Stage Manager.

Berbilang tugas dengan berbilang tetingkap

Dalam Stage Manager, anda boleh menghimpunkan app bersama untuk tugasan atau projek khusus dan mengekalkan app bersama sebagai kumpulan. Anda boleh menempatkan semula, mensaizkan semula dan menindih tetingkap untuk sesuai dengan aliran kerja anda.

  1. Untuk membuka app dan menghimpunkannya dengan app yang anda sedang gunakan, lakukan mana-mana yang berikut:

    • Ketik butang Kawalan Berbilang Tugas di bahagian atas tetingkap, kemudian pilih Tambah Tetingkap Lain. Tetingkap semasa beralih ke tepi untuk menunjukkan semua tetingkap app terbaru dibuka lain. Untuk menambah satu, ketiknya.

    • Sentuh dan tahan app dalam senarai app Terbaru, kemudian seretnya ke tetingkap semasa di bahagian tengah skrin.

    • Sentuh dan tahan app dalam Dock, kemudian leretnya ke atas ke arah bahagian tengah skrin.

      (Jika Dock tidak kelihatan, leret ke atas dari pinggir bawah skrin sedikit sahaja untuk mendedahkannya.)

    • Ketik butang Pustaka App (butang paling kanan dalam Dock), sentuh dan tahan ikon app dalam Pustaka App, kemudian seret ia dari Pustaka App ke bahagian tengah skrin.

  2. Semasa bekerja dengan berbilang app, lakukan mana-mana yang berikut:

    • Saiz semula sebarang tetingkap: Seret dari penjuru bawah kanan yang ditandakan dengan lengkung tebal, atau jika anda mempunyai tetikus atau trackpad, seret dari mana-mana penjuru atau pinggir tetingkap.

    • Alihkan tetingkap ke senarai app Terbaru: Ketik butang Kawalan Berbilang Tugas di bahagian atas tetingkap, kemudian pilih Minimumkan.

    • Alihkan tetingkap: Seret dari bahagian atas tetingkap.

    • Besarkan tetingkap: Ketik butang Kawalan Berbilang Tugas di bahagian atas tetingkap, kemudian pilih Masuk Skrin Penuh.

Petua: Untuk mendapatkan lebih banyak ruang skrin untuk bekerja (pada model disokong), pergi ke Seting  > Paparan & Kecerahan, ketik Zum Paparan, kemudian pilih Lebih Ruang. Pilihan ini meningkatkan keamatan piksel skrin supaya anda boleh melihat lebih banyak kandungan dalam app anda, yang berguna apabila bekerja dalam berbilang tetingkap dalam Stage Manager atau Split View.

Tukar antara app

Dengan Stage Manager, anda boleh bertukar app dengan mengetik app lain dalam senarai app Terbaru, atau mengetik ikon dalam Dock.

Apabila anda bertukar ke app lain, app atau kumpulan yang anda gunakan beralih ke kiri ke senarai app Terbaru dan digantikan dengan yang anda ketik.

Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut untuk bertukar app:

  • Leret ke atas dari pinggir bawah skrin, kemudian jeda di bahagian tengah skrin untuk melihat app dan kumpulan terbaru.

  • Leret ke kiri atau kanan dengan satu jari di sepanjang pinggir bawah skrin. (Pada iPad dengan butang Utama, laksanakan gerak isyarat dengan sedikit lengkung.)

  • Leret ke kiri atau kanan dengan empat atau lima jari.

Lihat Tukar antara app pada iPad.

Sembunyikan atau tunjukkan senarai app terbaru

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan butang Stage Manager, kemudian ketik tanda semak di sebelah kiri imej.

  • Pergi ke Seting  > Berbilang Tugas & Gerak Isyarat, ketik kotak semak di bawah Stage Manager untuk mengaktifkannya, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan App Terbaharu.

    Skrin iPad menunjukkan kawalan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Stage Manager, menyembunyikan atau menunjukkan senarai app terbaru apabila Stage Manager aktif dan menyembunyikan atau menunjukkan Dock apabila Stage Manager aktif.

Petua: Jika senarai app terbaharu sembunyi secara auto apabila anda mengalihkan tetingkap terlalu dekat padanya, anda boleh menjadikannya kelihatan semula dengan meleret daripada pinggir kiri skrin.

Tutup tetingkap

Ketik butang Kawalan Berbilang Tugas di bahagian atas tetingkap, kemudian pilih Tutup.

Jika tetingkap ialah sebahagian daripada kumpulan app, ia hilang daripada kumpulan.

Alihkan app ke paparan luaran

Jika iPad (model disokong) anda bersambung ke paparan luaran, anda boleh bekerja merentas kedua-dua skrin—hanya seret app dan tetingkap antara skrin dan susunnya dalam cara yang terbaik untuk anda.

Untuk mengalihkan app antara paparan, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Seret dari bahagian atas tetingkap app untuk mengalihkannya daripada satu paparan ke paparan lain.

  • Seret ikon app yang anda mahu alihkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.