Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari foto terbaru disimpan pada iPad

Anda boleh mencari semua foto yang anda telah simpan daripada app lain—seperti Mesej, Safari dan Mail—dalam koleksi Terbaru Disimpan. Foto dan video yang dihantar kepada anda menggunakan AirDrop juga kelihatan di sini.

Koleksi Terbaru Disimpan dibuka dalam app Foto yang menunjukkan foto dan video.
  1. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Dalam bar sisi, ketik Koleksi Dipinkan, kemudian ketik Terbaru Disimpan.

    • Leret ke bawah pada grid, ketik butang Penapis, kemudian ketik Isih ikut Terbaru Ditambah.

Untuk melihat asal foto atau video yang anda simpan, bukanya, kemudian leret ke atas untuk melihat maklumat tentang foto.

Petua: Untuk melihat foto yang anda simpan hari ini, ketik koleksi pertama dalam Hari Terbaru.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.