Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan kelantangan pada iPad

Gunakan butang Kelantangan di sisi iPad untuk melaraskan kelantangan lagu dan media, isyarat dan kesan bunyi lain. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Naikkan kelantangan” atau “Turunkan kelantangan.” Ketahui cara meminta Siri.

Anda boleh menggunakan Pusat Kawalan untuk senyapkan isyarat audio dan pemberitahuan.

AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPad.

Bahagian atas belakang iPad dengan petak bual menuding ke arah butang Kelantangan.

Jangan Ganggu tidak menyenyapkan audio daripada muzik, podcast, filem dan rancangan TV.

Kunci kelantangan pendering dan isyarat

Pergi ke Seting > Bunyi, kemudian nyahaktifkan Tukar dengan Butang.

Nota: Untuk mengehadkan kelantangan maksimum set kepala, pergi ke Seting  > Muzik > Had Kelantangan, kemudian gunakan gelangsar untuk mengesetkan kelantangan maksimum.

Laraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan

Apabila iPad dikunci atau semasa anda menggunakan app, anda boleh melaraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan.

Buka Pusat Kawalan, kemudian seret gelangsar kelantangan.

Senyapkan bunyi

Tekan dan tahan butang Turunkan Kelantangan.

Senyapkan panggilan, isyarat dan pemberitahuan buat sementara waktu

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.