Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Alih dan susun app pada iPad

Susun semula app pada skrin Utama, susunnya dalam folder dan alihkannya ke halaman lain (atau skrin).

Alihkan app ke sekeliling skrin Utama, ke Dock, atau ke halaman lain

  1. Sentuh dan tahan sebarang app pada skrin Utama, kemudian ketik Edit Skrin Utama.

    App mula bergoyang.

  2. Seret app ke satu daripada lokasi berikut:

    • Lokasi lain pada halaman yang sama

    • Dock di bahagian bawah skrin

    • Halaman lain—seret app ke pinggir kanan skrin. Anda mungkin perlu menunggu beberapa saat untuk halaman baru muncul. Titik di atas Dock menunjukkan bilangan halaman yang anda miliki dan skrin yang sedang anda lihat.

      App bergoyang pada skrin Utama dengan anak panah menunjukkan satu app sedang diseret ke halaman seterusnya.
  3. Apabila anda selesai, leret ke atas dari pinggir bawah skrin (atau tekan butang Utama pada iPad dengan butang Utama).

Cipta folder dan atur app anda

Anda boleh mengumpulkan app anda dalam folder untuk membantu anda mencarinya dengan lebih mudah pada skrin Utama.

  1. Sentuh dan tahan sebarang app pada skrin Utama, kemudian ketik Edit Skrin Utama.

    App mula bergoyang.

  2. Untuk mencipta folder, seret app ke atas app lain.

  3. Seret app lain ke dalam folder.

    Anda boleh mempunyai berbilang halaman app dalam folder.

  4. Untuk menamakan semula folder, ketik medan nama, kemudian masukkan nama baru.

  5. Apabila anda selesai, leret ke atas dari pinggir bawah skrin atau tekan butang Utama (pada iPad dengan butang Utama).

Untuk memadam folder, seret keluar semua app daripada folder. Folder dipadamkan secara automatik.

Reset skrin Utama dan app kepada tataletak asal

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Reset.

  2. Ketik Reset Tataletak Skrin Utama. Sebarang folder yang anda cipta dikeluarkan, serta app yang anda muat turun disusun mengikut tertib abjad selepas app yang didatangkan dengan iPad anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.