Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPad

Pusat Kawalan pada iPad memberikan anda akses segera ke kawalan berguna—termasuklah mod pesawat, Jangan Ganggu, lampu suluh, kelantangan, kecerahan skrin—dan app.

Kawalan untuk mod Pesawat, data selular, Wi-Fi dan Bluetooth di kumpulan kiri atas dalam Pusat Kawalan untuk model iPad Wi-Fi + Cellular. Petak bual ke kawalan Kamera menyatakan untuk sentuh dan tahan ikon Kamera (di bahagian kanan bawah) untuk melihat lebih banyak pilihan Kamera.

Buka Pusat Kawalan

Leret ke bawah dari bahagian pinggir kanan atas; untuk menutupnya, leret ke atas dari bahagian bawah.

Akses lebih banyak kawalan dalam Pusat Kawalan

Banyak kawalan menawarkan pilihan tambahan. Untuk melihat pilihan tersedia, sentuh dan tahan kawalan. Contohnya, anda boleh melakukan yang berikut dalam Pusat Kawalan:

  • Sentuh dan tahan kumpulan kawalan di bahagian kiri atas, kemudian ketik butang AirDrop untuk membuka pilihan AirDrop.

  • Sentuh dan tahan butang Kamera untuk mengambil selfie, merakam video, mengimbas kod QR, atau mengambil foto.

    Skrin menunjukkan pilihan Kamera tambahan tersedia dalam Pusat Kawalan apabila anda menyentuh dan menahan kawalan Kamera. Pilihannya ialah Ambil Selfe, Rakam Video, Ambil Foto dan Rakam Slo-mo.

Putuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu

Dalam Pusat Kawalan, ketik butang Suis Wi-Fi; untuk sambung semula, ketiknya sekali lagi.

Untuk melihat nama rangkaian Wi-Fi yang bersambung, sentuh dan tahan butang Tukar Wi-Fi.

Disebabkan Wi-Fi tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan rangkaian, AirPlay dan AirDrop masih berfungsi dan iPad menyertai rangkaian dikenali apabila anda bertukar lokasi atau memulakan semula iPad. Untuk menyahaktifkan Wi-Fi, pergi ke Seting  > Wi-Fi. (Untuk mengaktifkan Wi-Fi semula dalam Pusat Kawalan, ketik butang Tukar Wi-Fi.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPad untuk melancong.

Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth buat sementara waktu

Dalam Pusat Kawalan, ketik butang Suis Bluetooth; untuk membenarkan sambungan, ketik butang sekali lagi.

Disebabkan Bluetooth tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan peranti, ketepatan lokasi dan perkhidmatan lain masih didayakan. Untuk menyahaktifkan Bluetooth, pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian nyahaktifkannya. Untuk mengaktifkan Bluetooth semula dalam Pusat Kawalan, ketik butang Tukar Bluetooth. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Bluetooth dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPad untuk melancong.

Nyahaktifkan akses ke Pusat Kawalan dalam app

Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian nyahaktifkan Akses Dalam App.

Tambah dan susun kawalan

  1. Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan.

  2. Untuk menambah atau mengeluarkan kawalan, ketik butang Masukkan atau butang Keluarkan.

  3. Untuk menyusun semula kawalan, sentuh butang Susun Semula bersebelahan kawalan, kemudian seretnya ke kedudukan baru.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.