Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Apple Pencil dengan iPad

Pada model disokong, anda boleh menggunakan Apple Pencil (tersedia secara berasingan) untuk melukis lakaran, menandakan foto, menandatangani dokumen dan banyak lagi.

Pasangkan Apple Pencil (generasi ke-2) dengan iPad

Pada model iPad yang menyokong Apple Pencil (generasi ke-2), sambungkan Apple Pencil ke penyambung magnetik di sebelah kanan iPad anda.

Apple Pencil (generasi ke-2)

Pasangkan Apple Pencil (generasi pertama) dengan iPad

Pada model iPad yang menyokong Apple Pencil (generasi pertama), cabut penutup dan palamkan Apple Pencil ke dalam penyambung Lightning pada iPad anda. Apabila anda melihat butang Pasangkan, ketiknya.

Nota: Selepas anda memasangkan Apple Pencil anda, ia kekal dipasangkan sehingga anda memulakan semula iPad anda, mengaktifkan Mod Pesawat, atau berpasangan dengan iPad lain. Hanya pasangkan pensel anda lagi apabila anda bersedia untuk menggunakannya.

Apple Pencil (generasi pertama)

Gunakan Apple Pencil

Anda boleh menggunakan Apple Pencil dengan iPad anda untuk melakukan yang berikut:

Dwiketik untuk menukar alat

Apabila anda bekerja dalam app yang disokong, seperti Nota, anda boleh dwiketik bahagian bawah Apple Pencil (generasi ke-2) untuk bertukar kembali ke alat yang anda terakhir gunakan. Contohnya, anda boleh bertukar daripada penanda kembali ke pemadam.

Untuk menukar seting anda bagi dwiketik, pergi ke Seting > Apple Pencil.

Ambil gambar skrin dengan Apple Pencil

Untuk menangkap skrin, gunakan Apple Pencil untuk meleret ke atas daripada penjuru bawah iPad anda.

Cas Apple Pencil (generasi ke-2) anda

  1. Pastikan Bluetooth diaktifkan (Seting > Bluetooth).

  2. Sambungkan Apple Pencil ke penyambung magnetik di sebelah kanan iPad anda.

Nota: Untuk melihat baki cas Apple Pencil anda, semak di bawah Bateri dalam widget Paparan Hari Ini.

Skrin Utama iPad dalam orientasi landskap. Di sebelah kiri skrin, dari atas ke bawah, ialah widget Kalendar, Bateri dan Cadangan App Siri. Widget Bateri menunjukkan bateri iPad dan Apple Pencil berada pada 100%.

Cas Apple Pencil (generasi pertama) anda

Palamkan Apple Pencil anda ke dalam penyambung Lightning pada iPad anda. Anda juga boleh mengecasnya dengan Penyesuai Kuasa USB Apple dengan menggunakan Penyesuai Pengecasan Apple Pencil yang didatangkan dengan pensel anda.

Nota: Untuk melihat baki cas Apple Pencil anda, semak di bawah Bateri dalam widget Paparan Hari Ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Apple Pencil.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.