Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat sekeliling dalam Peta pada iPad

Lihat bandar dalam app Peta dalam pengalaman 3D interaktif yang membolehkan anda menyorot 360 darjah dan bergerak melalui jalan.

  1. Di bandar terpilih, ketik butang Lihat Sekeliling pada peta atau kad maklumat.

  2. Untuk menukar paparan, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Sorot: Seret jari ke kiri atau ke kanan.

    • Bergerak ke depan: Ketik suasana.

    • Zum masuk atau keluar: Cubit buka atau tutup.

    • Lihat tempat tarikan lain: Ketik tempat lain pada peta.

    • Bertukar kepada atau daripada paparan skrin penuh: Ketik butang Masuk Mod Skrin Penuh atau butang Keluar Mod Skrin Penuh.

    • Sembunyikan label dalam paparan skrin penuh: Ketik kad alamat di bahagian kiri atas, kemudian ketik butang Sembunyikan Label.

      Jika kad maklumat muncul di bahagian kiri atas, ketik butang Tutup untuk menunjukkan kad alamat.

  3. Apabila selesai, ketik Selesai.

    Paparan skrin penuh jalan yang menghala ke bangunan Piramid Transamerika.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.