Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan penggera atau jadual waktu tidur pada iPad

Dalam app Jam , anda boleh setkan penggera yang memainkan bunyi pada waktu tertentu. Anda boleh juga mengesetkan jadual waktu tidur yang mengingatkan anda masa untuk tidur dan memainkan bunyi apabila tiba masa untuk bangun.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Bangunkan saya esok pada 7 pagi” atau “Setkan penggera 9 pagi setiap hari Jumaat.” Ketahui cara meminta Siri.

Setkan penggera

  1. Ketik Penggera, kemudian ketik butang tambah.

  2. Setkan waktu, kemudian pilih mana-mana daripada pilihan berikut:

    • Ulang: Pilih hari dalam minggu.

    • Label: Berikan penggera nama, seperti “Siram pokok.”

    • Bunyi: Pilih nada.

    • Tidur: Berikan diri anda sembilan minit lagi.

  3. Ketik Simpan.

Untuk menukar atau memadam penggera, ketik Edit.

Setkan jadual waktu tidur

Ketik Waktu Tidur di bahagian bawa skrin, ketik Sediakan, kemudian ikut arahan pada skrin.

Tukar jadual waktu tidur anda

Untuk menukar jadual Waktu Tidur anda, aktifkan Waktu Tidur, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Laraskan waktu tidur dan bangun tidur anda: Seret butang Waktu Tidur dan butang Bangun Tidur.

  • Setkan hari penggera: Ketik Pilihan, kemudian ketik hari dalam minggu.

  • Nyahaktifkan peringatan waktu tidur: Dalam Pilihan Waktu Tidur, ketik Peringatan Waktu Tidur, kemudian ketik Tiada.

    Dalam Pilihan, anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Jangan Ganggu Semasa Waktu Tidur dan mengesetkan bunyi dan kelantangan bangun tidur anda.

    Skrin Waktu Tidur, menunjukkan waktu tidur bemula pada 11 ptg, waktu bangun tidur pada 7 pg serta butang Pilihan di bahagian kiri atas.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.