Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tandakan tempat dalam Peta pada iPad

Anda boleh menandakan tempat dalam app Peta dengan pin untuk membantu anda mencari tempat tersebut kemudian.

Petua: Untuk menandakan lokasi anda dengan cepat supaya anda boleh mencari jalan anda semula kemudian, sentuh dan tahan ikon Peta pada skrin Utama, kemudian pilih Tanda Lokasi Saya. Lihat Lakukan tindakan cepat pada iPad.

Tandakan lokasi tanpa label pada peta

  1. Sentuh dan tahan lokasi sehingga penanda pin muncul.

  2. Untuk membantu anda mencari lokasi kemudian, anda boleh menyimpannya ke kegemaran anda, ke koleksi, atau ke Kenalan. Leret ke atas pada kad maklumat, kemudian pilih pilihan.

  3. Untuk menutup kad maklumat, ketik butang Tutup.

Padam penanda pin

  1. Ketik penanda.

  2. Pada kad maklumat, ketik Keluarkan Penanda.

Anda juga boleh menyentuh dan menahan penanda, kemudian ketik Keluarkan Penanda.

Lihat Padamkan lokasi penting.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.