Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kunci nota anda pada iPad

Dalam app Nota , anda boleh mengunci nota untuk melindungi maklumat sensitif anda dengan Face ID (model disokong), Touch ID (model disokong), atau kata laluan. Nota menggunakan kata laluan tunggal untuk semua nota berkunci anda, pada semua peranti anda.

Sediakan kata laluan nota anda

Kata laluan yang anda setkan digunakan pada semua nota anda yang anda kunci dari sekarang. Nota yang telah mempunyai kata laluan tidak akan terjejas.

  1. Pergi ke Seting  > Nota > Kata Laluan.

  2. Masukkan kata laluan dan tambah pembayang untuk membantu anda mengingatinya.

    Untuk keselamatan tambahan, anda juga boleh mengaktifkan Face ID atau Touch ID. Jika anda mengaktifkan Face ID atau Touch ID, anda masih boleh mengakses nota dikunci anda jika anda terlupa kata laluan anda kemudian.

Penting: Jika anda terlupa kata laluan nota dan anda tidak boleh menggunakan Face ID atau Touch ID untuk membuka kunci nota, anda tidak akan boleh melihat nota dikunci dan Apple tidak boleh membantu anda mendapatkan akses semula ke nota dikunci tersebut.

Anda boleh reset kata laluan nota anda, tetapi ini tidak memberikan anda akses kepada nota yang dikunci sebelum ini. Kata laluan baru digunakan pada semua nota yang anda kunci mulai sekarang. Pergi ke Seting > Nota > Kata Laluan > Reset Kata Laluan.

Lihat artikel Sokongan Apple Kunci nota pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda.

Kunci nota

Anda hanya boleh mengunci nota pada peranti anda dan nota dalam iCloud. Anda tidak boleh mengunci nota yang mempunyai PDF, audio, video, dokumen Keynote, Pages, Numbers dilampirkan, atau nota yang selaras dengan akaun lain. Anda tidak boleh mengunci nota iCloud yang mempunyai kolaborator.

Untuk mengunci nota, lakukan satu daripada berikut:

  • Dalam senarai nota, leret ke kiri pada nota, kemudian ketik kunci.

  • Buka nota, ketik butang Kongsi, kemudian ketik Kunci Nota.

Apabila nota dikunci, tajuk kekal kelihatan dalam senarai nota.

Untuk mengeluarkan kunci daripada nota, ketik butang Kongsi, kemudian ketik Keluarkan Kunci.

Buka nota dikunci

Membuka kunci satu nota membuka kunci semua nota anda untuk beberapa minit supaya anda boleh melihat nota lain atau salin dan tampal maklumat daripada app lain.

  1. Ketik nota dikunci, kemudian ketik Lihat Nota.

  2. Untuk membuka kunci nota, gunakan Face ID, Touch ID, atau kata laluan Nota anda.

Untuk mengunci nota anda lagi, lakukan satu daripada berikut:

  • Ketik ikon kunci di bahagian atas skrin.

  • Ketik Kunci Sekarang di bahagian bawah senarai nota.

  • Tutup app Nota.

  • Kunci iPad anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.