Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tulis nota pada iPad

Gunakan app Nota untuk mencatat idea pantas atau menyusun maklumat terperinci dengan senarai semak, imej, pautan web, dokumen diimbas, nota tulisan tangan dan lakaran.

iPad dalam orientasi landskap dengan app Nota dibuka. Senarai nota muncul di kiri, dengan nota dipilih dibuka di kanan. Di penjuru kiri atas senarai nota ialah anak panah balik yang anda ketik untuk melihat folder dan akaun. Di penjuru kanan atas nota adalah butang untuk berkolaborasi pada nota dengan orang lain, memadam nota, menghantar nota kepada orang lain dan mencipta nota baru. Di penjuru kanan bawah nota adalah butang untuk menambah senarai semak, menambah foto atau mengimbas dokumen dan menunjukkan alat tulisan tangan.

Cipta dan formatkan nota baru

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: "Cipta nota baru." Ketahui cara meminta Siri.

Atau lakukan yang berikut:

  1. ketik butang Nota Baru, kemudian masukkan teks anda.

    Baris pertama nota menjadi tajuk nota.

  2. Untuk menukar pemformatan, ketik butang Gaya Teks.

    Anda boleh menggunakan gaya pengepala, fon tebal atau italik, senarai bernombor atau berbulet dan banyak lagi.

  3. Untuk menyimpan nota, ketik Selesai.

Petua: Untuk memilih gaya lalai untuk baris pertama dalam semua nota baru, pergi ke Seting  > Nota > Nota Baru Bermula dengan.

Anda boleh mencipta nota dengan cepat atau menyambung kerja pada nota terakhir anda dengan mengetik skrin Kunci dengan Apple Pencil (pada model yang disokong). Pada model iPad lain, anda boleh melakukan ini jika anda menambah Nota pada Pusat Kawalan. Untuk menukar kelakuan skrin Kunci, pergi ke Seting  > Nota > Akses Nota daripada Skrin Kunci.

Tambah senarai semak

Dalam nota, ketik butang Senarai Semak, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Tambah item ke senarai: Masukkan teks, kemudian ketik balik untuk memasukkan item seterusnya.

  • Tingkatkan atau kurangkan inden: Leret ke kanan atau kiri pada item.

  • Tandakan item sebagai lengkap: Ketik bulatan kosong bersebelahan item untuk menambah tanda semak.

  • Susun semula item: Sentuh dan tahan bulatan kosong atau tanda semak bersebelahan item, kemudian seret item ke kedudukan baru dalam senarai.

  • Uruskan item dalam senarai: Ketik senarai untuk melihat menu, ketik butang Tunjukkan Lagi Item, ketik Senarai Semak, kemudian ketik Tandakan Semua, Nyahtanda Semua, Padam Ditanda, atau Alihkan Ditanda ke Bawah.

Untuk mengisih item ditanda ke bahagian bawah dalam semua nota anda, pergi ke Seting  > Nota > Isih Item Ditanda, kemudian ketik Secara Automatik.

Tambah atau edit jadual

Dalam nota, ketik butang Tambah Jadual, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Masukkan teks: Ketik sel, kemudian masukkan teks. Untuk memulakan baris teks lain dalam sel, sentuh dan tahan kekunci Shift dan ketik seterusnya.

  • Alih ke sel seterusnya: Ketik seterusnya. Apabila anda sampai ke sel terakhir, ketik seterusnya untuk memulakan baris baru.

  • Formatkan baris atau lajur: Ketik pemegang pilihan baris atau lajur, kemudian pilih gaya, seperti tebal, italik, garis bawah atau garis potong.

  • Tambah atau padamkan baris atau lajur: Ketik pemegang pilihan baris atau lajur, kemudian pilih untuk tambah atau padam.

  • Alihkan baris atau lajur: Sentuh dan tahan pemegang pilihan baris atau lajur, kemudian seretnya ke kedudukan baru.

  • Lihat lebih banyak lajur: Jika jadual menjadi lebih lebar daripada skrin anda, leret ke kiri atau kanan pada jadual untuk melihat kesemua lajur.

Untuk mengeluarkan jadual dan menukar kandungannya kepada teks, ketik sel dalam jadual, ketik butang Tukar Jadual Kepada Teks, kemudian ketik Tukar kepada Teks.

Tukar paparan Nota pada iPad anda

  • Buatkan nota memenuhi skrin: Semasa melihat nota dalam orientasi landskap, ketik butang Tukar ke Mod Skrin Penuh atau pusingkan iPad ke orientasi potret.

  • Lihat akaun, senarai nota dan nota dipilih anda serentak: (iPad Pro 12.9 inci) Putar iPad ke orientasi landskap, kemudian ketik butang Tunjukkan Senarai Folder.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.