Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan pintasan kebolehcapaian pada iPad

Selepas anda menyediakan ciri kebolehcapaian, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkannya dengan cepat menggunakan sebarang kaedah di bawah.

Minta Siri untuk mengaktifkan ciri kebolehcapaian

Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan VoiceOver.” Ketahui cara meminta Siri.

Klik butang atas tiga kali

Pada iPad dengan Face ID, anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan mengklik tiga kali butang atas.

  • Sediakan Pintasan Kebolehcapaian: Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian, kemudian pilih ciri yang paling kerap anda gunakan.

  • Perlahankan kelajuan dwiklik atau klik tiga kali untuk butang atas: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Butang Atas.

  • Gunakan Pintasan Kebolehcapaian: Klik butang atas tiga kali.

Klik tiga kali butang Utama

Pada iPad dengan butang Utama, anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan mengklik butang Utama tiga kali.

  • Sediakan Pintasan Kebolehcapaian: Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian, kemudian pilih ciri yang paling kerap anda gunakan.

  • Perlahankan kelajuan dwiklik atau klik tiga kali untuk butang Utama: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Butang Utama.

  • Gunakan Pintasan Kebolehcapaian: Klik butang Utama tiga kali.

Gunakan Pusat Kawalan

Anda juga boleh menambah ciri kebolehcapaian ke Pusat Kawalan dan kemudian mengaktifkannya daripada sana.

  1. Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan, kemudian ketik butang Masukkan bersebelahan ciri kebolehcapaian yang paling kerap anda gunakan.

  2. Untuk mengaktifkan ciri kebolehcapaian daripada Pusat Kawalan, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik ciri kebolehcapaian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.