Gunakan Apple Intelligence dalam Peringatan pada iPad

Dengan Apple Intelligence,* anda boleh mendapatkan peringatan yang dicadangkan daripada teks dalam app lain—seperti item barang runcit daripada resipi dalam talian dalam Safari atau item tindakan anda daripada mesej e-mel dalam Mail. App Peringatan juga boleh mengkategorikan peringatan yang berkaitan dalam senarai secara automatik.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPad atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iPadOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Dapatkan peringatan yang dicadangkan

  1. Buka maklumat yang anda mahu tambah ke senarai—contohnya resipi dalam Safari atau nota mesyuarat dalam Nota.

  2. Ketik butang Kongsi, kemudian ketik Peringatan.

    Petua: Anda juga boleh memilih teks atau bulet khusus yang anda mahu disemak oleh Apple Intelligence. Pilih teks, ketik Kongsi, kemudian ketik Peringatan.

    Peringatan yang dicadangkan mungkin kelihatan di bawah teks yang anda pilih.

  3. Untuk memilih senarai yang ditambah peringatan, ketik menu timbul di bahagian atas skrin, kemudian pilih senarai.

  4. Ketik butang Tambah di sebelah cadangan untuk menambahnya ke senarai anda atau ketik Sertakan Semua untuk menambah semua cadangan.

  5. Ketik butang Selesai.

    Peringatan anda ditambah ke senarai yang anda pilih.

Aktifkan atau nyahaktifkan Kategorikan Auto

Dengan Kategorikan Auto, Apple Intelligence mengisih peringatan yang berkaitan ke dalam bahagian dalam senarai secara automatik.

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Ketik senarai dalam bar sisi.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Aktifkan Kategorikan Auto: Ketik butang Lagi, kemudian ketik Kategorikan Auto.

    • Nyahaktifkan Kategorikan Auto: Ketik butang Kategorikan Auto, ketik Nyahaktifkan, kemudian pilih sama ada untuk menyimpan atau mengeluarkan bahagian.

      Nota: Mengeluarkan bahagian tidak memadamkan sebarang peringatan.

Jika anda tidak menyukai cara bahagian dikategorikan, cuba menyahaktifkan Kategorikan Auto dan mengeluarkan bahagian, kemudian aktifkannya semula. Ini mereset tajuk bahagian dan susunan anda dalam senarai.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.