Sediakan Mesej pada iPad

Dalam app Mesej, anda boleh menghantar mesej teks dalam dua cara yang berbeza:

  • Menggunakan iMessage dengan orang lain yang juga menggunakan iMessage. Teks iMessage anda kelihatan dalam gelembung biru.

  • Dengan mesej SMS, MMS dan RCS yang dimajukan daripada iPhone anda. Mesej SMS, MMS dan RCS anda kelihatan dalam gelembung hijau. Lihat Pilih peranti lain untuk pemesejan SMS/MMS/RCS dalam Panduan Pengguna iPhone. (Mesej RCS tidak disokong oleh semua pembawa atau di semua negara atau rantau.)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Apakah perbezaan antara iMessage, RCS dan SMS/MMS? dan tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Aktifkan iMessage

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Mesej.

  3. Aktifkan iMessage.

  4. Untuk memilih nombor telefon dan alamat e-mel yang anda mahu gunakan dengan iMessage, ketik Hantar & Terima, kemudian pilih daripada pilihan yang tersedia di bawah “Anda boleh menerima iMessage di dan membalas daripada”.

Ketahui lebih lanjut tentang iMessage.

Anak tetingkap seting Mesej dengan iMessage diaktifkan.

Selaraskan mesej pada semua peranti Apple anda

Apabila anda mengaktifkan Mesej dalam iCloud, mesej yang anda hantar dan terima pada iPad anda disimpan dalam iCloud. Apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama dan mengaktifkan Mesej dalam iCloud pada peranti lain, perbualan anda turut kelihatan di sana. Keseluruhan sejarah mesej anda dikemas kini merentas peranti ini, walaupun apabila anda menyediakan peranti baharu. Ini termasuk mesej yang dihantar atau diterima dengan SMS, MMS, RCS atau iMessage.

  1. Pastikan iPad anda diaktifkan dan bersambung ke rangkaian Wi-Fi, serta anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti.

  2. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  3. Ketik nama anda, ketik iCloud, kemudian ketik Mesej.

    Jika Mesej tidak kelihatan, ketik Lihat Semua dalam bahagian Disimpan ke iCloud.

  4. Aktifkan “Gunakan iPad ini” (jika ia belum diaktifkan).

Jika anda mempunyai iPhone, anda boleh menyediakannya supaya apabila anda menghantar atau menerima mesej SMS, MMS atau RCS, ia juga kelihatan pada iPad anda. Lihat Pilih peranti lain untuk pemesejan SMS, MMS dan RCS dalam Panduan Pengguna iPhone.

Selepas anda mengaktifkan Mesej dalam iCloud, sebarang mesej atau lampiran yang anda padamkan daripada iPad juga dipadamkan daripada peranti Apple anda yang lain (iOS 11.4, iPadOS 13, macOS 10.13.5, watchOS 1, visionOS 1 atau lebih baharu) yang Mesej dalam iCloud diaktifkan. Lihat Sediakan iCloud untuk Mesej pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.

Nota: Mesej dalam iCloud menggunakan storan iCloud. Lihat Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda.

Kongsi nama dan foto anda

Dalam Mesej, anda boleh berkongsi nama dan foto* anda dengan orang lain. Anda tentukan sama ada untuk berkongsi nama dan foto apabila anda menghantar atau menerima mesej daripada orang baharu.

Perbualan dalam Mesej. Pemberitahuan kelihatan di bahagian atas, bertanya sama ada nama dan foto pengguna patut dikongsi dengan orang lain dalam perbualan.
  1. Pergi ke app Mesej pada iPad anda.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Di bahagian atas senarai perbualan, ketik Edit, kemudian ketik Sediakan Nama & Foto.

    • Leret atas ke bahagian atas senarai perbualan, kemudian ketik Kongsi Nama & Foto Anda.

  3. Pilih cara anda mahu diwakili, skrol ke bawah, kemudian aktifkan Perkongsian Nama dan Foto.

  4. Ketik Kongsi Secara Automatik, kemudian pilih satu daripada berikut:

    • Hanya Kenalan: Sesiapa yang merupakan kenalan disimpan menerima pilihan untuk menggunakan nama dan imej yang anda pilih apabila mereka berkomunikasi dengan anda.

    • Sentiasa Tanya: Anda menentukan untuk berkongsi nama dan foto anda semasa anda berkomunikasi dengan setiap kenalan.

  5. Ketik butang Selesai untuk menyimpan perubahan anda.

Untuk menukar seting ini selepas anda menyediakannya, ketik Edit, kemudian ketik Nama & Foto.

Nota: Nama dan foto anda mungkin tidak kelihatan seperti yang dijangkakan apabila anda menghantar mesej kepada penerima yang menggunakan peranti bukan Apple.

*Ketersediaan berbeza mengikut rantau.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.