Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Aktifkan ciri Skrin Kunci pada iPad

Anda boleh menjadikan sesetengah ciri yang biasa digunakan (seperti Pusat Kawalan, widget dan kawalan main balik media) tersedia pada Skrin Kunci untuk akses mudah apabila iPad dikunci.

Seting Face ID & Kod Laluan, dengan pilihan untuk membenarkan akses kepada ciri khusus apabila iPad dikunci.
  1. Pergi ke Seting , kemudian bergantung pada model anda, lakukan satu daripada yang berikut:

    • Face ID & Kod Laluan

    • Touch ID & Kod Laluan

    • Kod Laluan

  2. Aktifkan pilihan di bawah Benarkan Akses Apabila Dikunci.

Jika anda menyahaktifkan akses Skrin Kunci kepada ciri, anda menghalang sesiapa yang mempunyai iPad anda daripada melihat sebarang maklumat peribadi yang mungkin terkandung (seperti peristiwa akan datang dalam widget Kalendar). Namun, anda juga kehilangan akses pantas kepada maklumat sendiri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.