Tukar seting berkaitan permainan pada iPad

Anda boleh menyesuaikan pengalaman permainan anda pada iPad dengan menukar seting untuk app Apple Games dan Game Center. Seting ini membolehkan anda mengawal pemberitahuan, permintaan rakan, permainan berbilang pemain dan pengehadan kandungan.

Tukar seting app Apple Games

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, ketik Permainan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tunjukkan atau sembunyikan kandungan berkaitan dengan menggabungkan aktiviti permainan anda: Aktifkan Gabungkan Aktiviti Permainan.

    • Reset pengecam yang digunakan untuk melaporkan statistik penggunaan Permainan kepada Apple: Ketik Reset Pengecam.

Tukar seting Game Center

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik Game Center, kemudian lakukan mana-mana pilihan berikut:

    • Lihat rakan: Ketik Semua Rakan.

    • Terima atau tolak permintaan rakan: Ketik Permintaan Rakan.

    • Benarkan atau nyahbenarkan app untuk mengakses senarai rakan Game Center anda: Ketik Kongsi Senarai Rakan, kemudian aktifkan Kongsi Senarai Rakan.

    • Benarkan rakan Game Center untuk mencari anda dengan e-mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda: Aktifkan Bantu Rakan Mencari Anda.

    • Urus perkongsian aktiviti: Pilih Semua Orang, Rakan Sahaja, atau Hanya Anda untuk menentukan orang yang boleh melihat profil, kemajuan pencapaian, kemas kini papan juara dan permainan yang terbaru dimainkan anda.

    • Benarkan jemputan daripada pemain berdekatan: Aktifkan Pemain Berdekatan untuk membenarkan pemain Game Center berdekatan dalam permainan yang sama untuk menjemput anda ke permainan berbilang pemain melalui Wi-Fi atau Bluetooth®.

    • Daftar keluar daripada Game Center: Ketik Daftar Keluar.

Tukar pengehadan Game Center

Anda boleh mengesetkan pengehadan Game Center untuk mencipta pengalaman permainan yang lebih selamat dan lebih terkawal dengan mengehadkan ciri seperti permintaan rakan, permainan berbilang pemain dan pembelian in-app.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin, ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.

  3. Ketik App Store, Media, Web & Permainan, skrol ke bawah ke Game Center, kemudian setkan mana-mana pengehadan berikut:

    • Permainan Berbilang Pemain

    • Menambah Rakan

    • Berhubung dengan Rakan

    • Rakaman Skrin

    • Berbilang Pemain Berdekatan

    • Pemesejan Peribadi

    • Perubahan Privasi Profil

    • Perubahan Avatar & Nama Panggilan

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.