Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan teks ramalan pada iPad

Menggunakan teks ramalan, anda boleh menulis dan menyelesaikan keseluruhan ayat hanya dengan beberapa ketikan. Semasa anda menaip teks pada papan kekunci iPad, anda melihat pilihan perkataan, emoji dan maklumat yang anda mungkin taipkan seterusnya (tidak tersedia untuk semua bahasa.) Contohnya, dalam Mesej, apabila anda menaip sesuatu seperti:

  • “Saya di” diikuti oleh ruang, lokasi semasa anda kelihatan sebagai pilihan

  • “Nombor saya ialah” diikuti oleh ruang, nombor telefon anda kelihatan sebagai pilihan

Anda juga melihat ramalan sebaris yang menyelesaikan perkataan atau frasa yang anda sedang taipkan.

Gunakan ramalan teks sebaris

Semasa anda menaip, ramalan yang menyelesaikan perkataan atau frasa yang anda taipkan kelihatan sebaris dalam teks kelabu. Ketik bar Space untuk menerima ramalan untuk perkataan atau frasa; teruskan menaip untuk menolaknya.

Jika anda menerima ramalan sebaris dan kemudian menukar fikiran anda, ketik kekunci Delete, kemudian ketik perkataan yang sedang anda taipkan.

Nota: Teks ramalan sebaris mungkin tidak disokong dalam bahasa anda. Lihat Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Gunakan teks ramalan

Semasa anda menaip, perkataan cadangan, emoji dan maklumat kelihatan di atas papan kekunci atas skrin; ketik cadangan untuk menggunakannya.

Papan kekunci atas skrin dibuka dalam app Nota. Teks dimasukkan dalam medan teks dan di atas papan kekunci ialah cadangan teks ramalan untuk perkataan seterusnya.

Nota: Apabila anda menerima perkataan cadangan, jarak dimasukkan secara automatik selepas cadangan. Jika anda memasukkan koma, noktah atau tanda baca lain, ruang tersebut dipadamkan secara automatik.

Untuk menolak cadangan, ketik perkataan asal anda (ditunjukkan sebagai pilihan dalam tanda petikan) atau hanya teruskan menaip.

Nyahaktifkan atau aktifkan teks ramalan

  • Dengan papan kekunci atas skrin: Sentuh dan tahan butang Emoji atau kekunci Tukar Papan Kekunci, ketik Seting Papan Kekunci, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Teks Ramalan.

  • Dengan papan kekunci luaran: Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci, kemudian nyahaktifkan Teks Ramalan.

Apabila anda menyahaktifkan Teks Ramalan, iPad mungkin masih cuba mencadangkan pembetulan untuk perkataan yang disalah eja. Untuk menerima pembetulan, masukkan ruang atau tanda baca, atau ketik Return. Untuk menolak pembetulan, ketik “x”. Jika anda telah menolak cadangan yang sama beberapa kali, iPad berhenti mencadangkannya.

Nota: Menyahaktifkan seting Teks Ramalan akan menyahaktifkan teks ramalan dan ramalan teks sebaris.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.