Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan pemberitahuan dan surat berita News pada iPad

Jika anda tidak mahu terlepas cerita penting, anda boleh menggunakan pemberitahuan dan surat berita untuk kekal mengikuti berita terkini. Sesetengah saluran yang anda ikuti mungkin menghantar pemberitahuan. Anda juga boleh memilih untuk menerima surat berita daripada editor Apple News melalui e-mel.

Nota: Apple News dan Apple News+ tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Aktifkan pemberitahuan

Sesetengah saluran yang anda ikuti mungkin menghantar pemberitahuan tentang cerita penting.

  1. Pergi ke app News pada iPad anda.

  2. Di bahagian bawah bar sisi, ketik Notifications & Email di bawah Manage.

    Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik butang Bar Sisi.

  3. Aktifkan pemberitahuan untuk saluran pilihan anda, serta pemberitahuan daripada Apple News, seperti Apple News Top Stories, Apple News Spotlight dan banyak lagi.

Jika anda melanggan Apple News+, anda boleh menerima pemberitahuan secara tambahan apabila isu baharu penerbitan yang anda ikuti tersedia. Anda juga boleh menerima pemberitahuan New Features & Tips.

Terima surat berita Apple News

Anda boleh memilih untuk menerima surat berita dalam peti masuk e-mel anda daripada editor Apple News. Surat berita menampilkan cerita teratas, diperibadikan berdasarkan minat anda. Jika anda melanggan Apple News+, surat berita juga boleh menyertakan isu baharu untuk majalah kegemaran anda.

  1. Pergi ke app News pada iPad anda.

  2. Leret ke bahagian bawah bar sisi, kemudian ketik Notifications & Email.

    Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik butang Bar Sisi.

  3. Leret ke bahagian bawah skrin, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Aktifkan Apple News Newsletters.

    • Ketik Sign Up for Newsletters, kemudian ketik Sign Me Up.

  4. Di A.S., beberapa surat berita yang berbeza mungkin tersedia. Untuk memilih mana-mana yang anda mahu terima, lakukan satu daripada berikut:

    • Ikut serta: Ketik Sign Up.

    • Tarik diri: Ketik Subscribed.

Untuk berhenti menerima surat berita, kembali ke skrin Notifications & Email, kemudian nyahaktifkan Apple News Newsletters. Di A.S., ketik Manage Newsletters, kemudian nyahlanggan daripada setiap surat berita yang anda tidak mahu terima lagi.

Nota: Surat berita diperibadikan tidak tersedia di semua negara atau rantau. Untuk mendapatkan surat berita Sukan, anda perlu menyelaraskan My Sports dan mengikuti topik sukan terlebih dahulu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.