Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Denyar skrin atau lampu penunjuk iPad untuk pemberitahuan

Pada iPad dengan lampu penunjuk, anda boleh mengesetkan Denyar LED, skrin atau kedua-duanya untuk berkelip apabila anda menerima pemberitahuan. Ini boleh membantu jika anda tidak mendengar bunyi yang mengumumkan panggilan masuk atau isyarat lain, atau jika anda mungkin terlepas isyarat boleh didengar di persekitaran yang bising.

Lampu penunjuk ialah diod pancaran cahaya (LED) yang terletak di belakang iPad, di sebelah kanta kamera.

Nota: Denyar untuk Isyarat tersedia untuk iPad Pro (9.7 inci), iPad Pro (10.5 inci), iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-2) dan lebih baharu, iPad Pro 11 inci (semua model) dan iPad mini (generasi ke-6).

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik Kebolehcapaian, ketik Audio & Visual, ketik Denyar Untuk Isyarat, kemudian aktifkan Denyar untuk Isyarat.

  3. Pilih mana-mana daripada berikut:

    • Denyar LED: Lampu penunjuk di bahagian belakang iPad berdenyar.

    • Skrin: Skrin iPad berdenyar.

    • Kedua-dua: Kedua-dua lampu penunjuk iPad dan skrin iPad berdenyar.

  4. Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:

    • Denyar Semasa Dibuka Kunci: Lampu penunjuk berdenyar walaupun semasa iPad dikunci.

    • Denyar dalam Mod Senyap: Lampu penunjuk berdenyar walaupun iPad dalam mod Senyap.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.