Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar bahasa dan orientasi pada Apple Watch

Tukar bahasa atau rantau

Jika anda telah menyediakan iPhone anda untuk menggunakan lebih daripada satu bahasa, anda boleh memilih bahasa yang kelihatan pada Apple Watch anda.

  1. Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.

  2. Ketik Jam Saya, kemudian ketik Umum.

  3. Ketik Bahasa & Rantau, kemudian ketik Tersuai.

  4. Pilih bahasa pada iPhone anda atau ketik Tambah Bahasa untuk memilih bahasa lain.

    Untuk bahasa yang menggunakan genus tatabahasa, anda boleh memilih kata panggilan anda untuk menentukan cara anda mahu dipanggil pada semua sistem (feminin, maskulin atau neutral).

Tukar tangan atau orientasi Digital Crown

Jika anda mahu mengalihkan Apple Watch anda ke tangan satu lagi atau mengutamakan Digital Crown di sebelah yang lain, laraskan seting orientasi anda supaya mengangkat tangan akan membangunkan Apple Watch anda dan memutarkan Digital Crown akan mengalihkan benda dalam arah yang anda mahukan.

  1. Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Umum, kemudian ketik Orientasi.

Anda juga boleh melaraskan seting orientasi pada iPhone anda—pergi ke app Apple Watch , ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian ketik Orientasi Jam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.