Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan buku audio pada Apple Watch

Anda boleh menggunakan app Buku Audio untuk memainkan kandungan daripada Apple Books. Mainkan buku audio yang disimpan secara setempat pada Apple Watch anda atau strim buku audio daripada iPhone anda. Dengar menerusi iPhone berpasangan, fon kepala atau speaker Bluetooth, atau speaker Apple Watch anda pada model yang disokong.

Skrin Buku Audio menunjukkan buku yang sedang dimainkan, dengan tajuk dan baki masa. Butang Kini Dimainkan berada di bahagian kanan atas.

Tambah buku audio untuk pendengaran luar talian

Muat turun buku audio untuk memainkannya apabila Apple Watch tidak disambungkan ke iPhone anda atau internet.

  1. Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.

  2. Ketik Jam Saya, kemudian ketik Buku Audio.

  3. Ketik Tambah Buku Audio, kemudian ketik tajuk.

Jika ruang storan tersedia, seluruh buku audio yang anda sedang dengar—serta buku audio dalam senarai Ingin Baca—diselaraskan ke Apple Watch anda secara automatik. Selain itu, lima jam daripada setiap buku audio yang anda tambah juga dimuat turun apabila terdapat ruang tersedia. Buku audio diselaraskan ke Apple Watch apabila ia disambungkan ke sumber kuasa.

Mainkan buku audio yang disimpan pada Apple Watch

  1. Pergi ke app Buku Audio pada Apple Watch anda.

  2. Putar Digital Crown untuk melayari.

  3. Ketik buku audio untuk memainkannya.

Strim buku audio daripada iPhone anda

Anda boleh menstrim buku audio ke Apple Watch anda jika ia berdekatan dengan iPhone anda atau bersambung ke internet. Mainkan tajuk dalam pustaka Apple Books anda atau tajuk yang dibeli oleh ahli kumpulan Perkongsian Keluarga Apple anda (jika perkongsian pembelian diaktifkan). Lihat Kongsi pembelian App Store, Apple TV dan Apple Books dengan Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.

  1. Pergi ke app Buku Audio pada Apple Watch anda.

  2. Ketik butang Balik untuk pergi ke skrin Buku Audio.

    App Buku Audio menunjukkan butang Utama dan Pustaka.
  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Mainkan buku audio dalam pustaka anda: Ketik Pustaka, kemudian ketik buku audio.

    • Mainkan buku audio yang dibeli oleh ahli keluarga: Ketik Keluarga, kemudian ketik buku audio.

Kawal main balik

Skrin Main untuk buku audio. Butang Tutup berada di bahagian kiri atas, butang Lagi di bahagian kanan atas, butang langkau ke belakang 15 saat di bahagian kiri bawah, butang Main/Jeda di bahagian tengah bawah dan butang langkau ke depan 15 saat di bahagian kanan bawah. Di bahagian tengah ialah karya seni buku, nombor bab dan baki masa dalam bab.
  1. Pergi ke app Buku Audio pada Apple Watch anda.

  2. Semasa memainkan buku audio, putar Digital Crown untuk melaraskan kelantangan.

  3. Gunakan mana-mana kawalan berikut:

    • Main: Ketik butang Main.

    • Jeda: Ketik butang Jeda.

    • Langkau ke depan atau belakang 15 saat: Ketik butang Langkau ke Depan atau butang Langkau ke Belakang.

    • Pilih bab: Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Trek.

    • Laraskan kelajuan main balik: Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik butang Perlahan untuk memperlahankan atau butang Laju untuk melajukan.

    • Tukar output audio: Ketik butang Pilihan Lanjut, ketik AirPlay, kemudian pilih peranti. Anda boleh memilih iPhone berpasangan, AirPods, fon kepala atau speaker Bluetooth, atau speaker Apple Watch berpasangan anda (model disokong). Lihat Pilih destinasi audio.

  4. Untuk menyembunyikan kawalan, tekan Digital Crown.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.