Kawal Apple Watch dan aksesori rumah pintar anda dengan Siri

Gunakan Siri untuk mengawal Apple Watch dan peranti Apple anda yang lain dengan hanya suara anda—seperti membuka app, melaraskan seting dan mencari peranti Apple anda atau item lain dengan AirTag. Anda juga boleh mengawal aksesori rumah pintar yang anda sediakan dalam app Rumah.

Kawal Apple Watch anda

Siri: Pada Apple Watch anda, aktifkan Siri, kemudian lihat idea di bawah untuk melihat permintaan yang anda boleh buat.

Buka app dan seting

  • “Buka app Tidur”

  • “Buka Seting”

  • “Baca pemberitahuan saya”

Laraskan seting utiliti

  • “Aktifkan Mod Pesawat”

Laraskan seting kebolehcapaian

  • “Aktifkan VoiceOver”

Hubungi perkhidmatan kecemasan

  • “Hai Siri, panggil 911”

  • “Mulakan siren” (Model Apple Watch Ultra sahaja)

Kawal rumah anda

Minta Siri menghidupkan lampu, melaraskan termostat dan mengawal produk yang anda gunakan di dalam rumah—walaupun semasa anda tiada di rumah.

Siri: Pada Apple Watch anda, aktifkan Siri, kemudian lihat idea di bawah untuk melihat permintaan yang anda boleh buat.

Kawal aksesori

  • “Hidupkan lampu”

  • "Setkan suhu kepada 72 darjah"

Laraskan aksesori

  • “Siri, jadikannya lebih sejuk”

  • "Setkan suasana pembacaan saya"

Kawal bilik atau zon

  • "Matikan lampu di pejabat."

Semak status rumah anda

  • “Siri, adakah pintu depan telah dikunci?”

  • “Hai Siri, adakah lampu tingkat atas hidup?”

Buat pengumuman

  • “Hai Siri, umumkan di tingkat atas ‘Saya hendak pergi ke kedai’”.

  • “Hai Siri, beritahu pejabat ‘Filem akan bermula’”

  • “Siri, interkom, ‘Masa untuk ke sekolah’”

  • “Siri, ini malam menonton filem”

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.