Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ketahui masa dengan maklum balas haptik pada Apple Watch

Ciri Masa Taptik memberikan orang buta atau mempunyai masalah penglihatan cara lain untuk mengetahui masa tanpa orang lain mendengarnya. Apabila Apple Watch berada dalam Mod Senyap, anda mengetik dan menahan dua jari pada muka jam untuk merasakan versi haptik masa.

  1. Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Jam, skrol ke bawah, kemudian ketik Masa Taptik.

  3. Aktifkan Masa Taptik, kemudian pilih corak yang anda mahu Masa Taptik gunakan.

    • Digit: Mentafsirkan jam dan minit dengan menggunakan ketikan panjang untuk sepuluh dan ketikan pendek untuk satu.

      Sebagai contoh, dua ketikan panjang dan tiga ketikan pendek, diikuti oleh tiga ketikan panjang dan empat ketikan pendek, bermaksud 23:34 atau 11:34 mlm.

    • Singkat: Mentafsirkan masa yang tepat kepada tempoh 15 minit; kurang tepat berbanding Digit. Ia menggunakan ketikan panjang untuk menandakan 5 jam telah berlalu sejak tengah malam, diikuti dengan ketikan pendek untuk jam selebihnya, kemudian ketikan panjang lagi untuk setiap suku jam.

      Sebagai contoh, tiga ketikan panjang, empat ketikan pendek dan dua ketikan panjang akan ditafsirkan kepada masa antara 19:30 (7:30 ptg) dan 19:44 (7:44 ptg).

    • Kod Morse: Mengetik setiap digit masa semasa dalam Kod Morse. Ini berguna untuk orang yang mengetahui sistem pengekodan ini.

  4. Untuk merasakan versi haptik masa, sentuh dan tahan dua jari pada muka jam.

Jika VoiceOver aktif, aktifkan Masa Taptik dengan mendwiketik muka jam semasa paparan tidak aktif.

Anda juga boleh mengkonfigurasi Masa Taptik pada iPhone. Pergi ke app Apple Watch pada iPhone, ketik Jam Saya, pergi ke Jam > Masa Taptik, kemudian aktifkannya.

Nota: Masa Taptik dinyahdayakan jika Apple Watch disetkan untuk sentiasa menyebut masa. Untuk boleh menggunakan Masa Taptik, pertama sekali pergi ke Seting  > Jam, kemudian aktifkan Kawalan Dengan Mod Senyap di bawah Sebut Masa.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.