Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mulakan latihan berlari luar pada Apple Watch

Mulakan latihan berlari

  1. Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Putar Digital Crown kepada Larian Luar.

  3. Apabila anda bersedia untuk bermula, ketik butang Mula.

Cipta latihan Pemacu

App Latihan pada Apple Watch menunjukkan paparan Pemacu dalam latihan Larian Luar. Di bahagian atas ialah tempoh larian. Di bahagian bawah ialah gelangsar menandakan jarak anda di hadapan atau belakang kadar anda. Kadar Purata, Kadar Semasa dan jarak berada di bawah.

Pilih kadar sasaran untuk latihan larian dan berbasikal luar, serta Apple Watch anda menunjukkan jika anda melebihi atau ketinggalan daripada kadar tersebut.

  1. Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Putar Digital Crown ke Larian Luar, Larian Dalaman atau Berbasikal Luar, kemudian ketik butang Matlamat.

  3. Ketik Pemacu, kemudian ketik butang Tambah.

  4. Laraskan jarak—contohnya, 5 batu—kemudian ketik Seterusnya.

  5. Laraskan masa sasaran untuk berlari atau berbasikal jarak tersebut, kemudian ketik Selesai.

    Semasa latihan anda, Apple Watch anda menunjukkan purata kadar anda dan kadar semasa anda serta graf yang menunjukkan sama ada anda melebihi atau ketinggalan daripada kadar pilihan anda.

Apple Watch anda mengingati kadar sasaran anda merentas latihan. Untuk menukarnya, leret ke Larian Luar, ketik butang Matlamat, ketik Pemacu, ketik butang Edit dalam jubin Pemacu, ketik Jarak • Masa, kemudian edit jarak dan masa.

Gunakan Laluan Perlumbaan untuk menandingi masa terakhir atau terbaik anda

Apabila berlari atau berbasikal pada laluan yang anda sering gunakan, anda boleh berlumba mengatasi masa terakhir atau terbaik anda. Laluan dijana secara automatik dan tersedia kepada anda selepas anda mengulang laluan yang sama dengan hampir tiada sisihan untuk sekurang-kurangnya dua kali atau lebih.

  1. Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Ketik butang Matlamat bersebelahan latihan Larian Luar atau Berbasikal Luar.

  3. Ketik Laluan Berlumba, kemudian pilih Terakhir atau Terbaik Peribadi.

    Semasa latihan, Apple Watch anda menunjukkan jarak anda ke hadapan atau ketinggalan dibandingkan dengan laluan yang anda berlumba serta baki jarak. Jika anda menyimpang daripada laluan, Teruskan ke Laluan kelihatan pada skrin sehingga anda kembali ke laluan asal.

Laluan Perlumbaan yang tersedia kelihatan sebagai latihan dicadangkan apabila anda dekat dengan titik permulaan pada laluan yang anda berlari sebelum ini. Anda boleh melihat semua laluan tersedia dengan mengetik Dicadangkan, kemudian memilih Laluan.

Berlari atas trek

Apple Watch anda membantu untuk mengesan apabila anda tiba di trek secara automatik. Apabila anda memulakan latihan Larian Luar, jam anda menawarkan untuk memulakan latihan Trek.

  1. Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Leret ke Larian Luar.

    Jika Apple Watch anda mengesan yang anda berada di trek, anda digesa untuk memilih lorong.

  3. Ketik Pilih Lorong, gunakan butang tambah atau tolak untuk memilih lorong, kemudian ketik Sahkan.

    Nota: Jika anda menukar lorong semasa latihan, leret ke kanan pada muka jam, ketik Lorong, kemudian masukkan lorong baharu anda.

  4. Jika ini kali pertama anda melakukan latihan Trek, pilih unit ukuran (Batu atau Meter), kemudian ketik Sahkan.

    Untuk menukar unit ukuran kemudian, pergi ke app Seting , pergi ke Latihan > Unit Ukuran, kemudian pilih unit di bawah Pengesanan Trek Automatik.

Nota: Jika anda meninggalkan trek semasa latihan anda, Apple Watch anda memaparkan isyarat untuk memberitahu anda.

Untuk menerima isyarat yang menunjukkan jarak, masa dan kadar anda semasa melengkapkan pusingan mengelilingi trek, leret ke Larian Luar, ketik butang Isyarat, skrol ke bawah, ketik Pusingan Trek, kemudian aktifkan Isyarat Pusingan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.