Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ukur paras oksigen darah dengan app Oksigen Darah

Gunakan app Oksigen Darah pada model Apple Watch yang disokong untuk mengukur peratusan oksigen yang dibawa oleh sel darah merah anda dari paru-paru anda ke bahagian lain badan. Mengetahui tahap darah anda mendapat oksigen boleh membantu anda memahami keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan anda.

Nota: Ukuran app Oksigen Darah bukan untuk kegunaan perubatan. Untuk model Apple Watch yang dibeli di Amerika Syarikat pada atau selepas 18 Januari 2024 dengan nombor bahagian yang diakhiri dengan LW/A, analisis data Oksigen Darah dilaksanakan pada iPhone dan hasil boleh dilihat dalam app Kesihatan. Ketahui cara mengenal pasti Apple Watch anda.

Perkara yang anda perlukan

Nota: App Oksigen Darah tidak tersedia untuk digunakan oleh orang di bawah umur 18 tahun. Anda boleh mengesahkan atau menyediakan umur anda dalam ID Perubatan anda.

Sediakan Oksigen Darah

  1. Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Oksigen Darah, kemudian aktifkan Ukuran Oksigen Darah.

Ukur paras oksigen darah anda

App Oksigen Darah mengukur paras oksigen darah anda secara berkala sepanjang hari jika ukuran latar belakang diaktifkan, tetapi anda juga boleh mengambil ukuran pada permintaan pada bila-bila masa.

  1. Pergi ke app Oksigen Darah pada Apple Watch anda.

  2. Letakkan lengan anda di atas meja atau di riba anda dan pastikan pergelangan tangan anda rata, dengan paparan Apple Watch menghadap ke atas.

  3. Ketik Mula, kemudian pastikan tangan anda tidak bergerak sepanjang kira detik 15 saat.

  4. Pada akhir ukuran, anda akan menerima hasil. Untuk model Apple Watch yang dibeli di Amerika Syarikat pada atau selepas 18 Januari 2024 dengan nombor bahagian yang diakhiri dengan LW/A, hasil tidak boleh dilihat pada Apple Watch dan tersedia secara eksklusif dalam app Kesihatan pada iPhone. Ketik Selesai.

Nota: Untuk hasil terbaik, bahagian belakang Apple Watch anda perlu menyentuh kulit. Memakai Apple Watch anda dengan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar, dengan ruang untuk kulit anda bernafas dan sama rata pada atas pergelangan tangan anda, dapat membantu memastikan pengukuran Oksigen Darah berjaya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan app Oksigen darah pada Apple Watch.

Nyahaktifkan ukuran latar belakang apabila Fokus Tidur atau Mod Pawagam aktif

Ukuran oksigen darah menggunakan cahaya merah terang yang dipancarkan ke pergelangan tangan anda, yang mungkin lebih senang dilihat di tempat gelap. Anda boleh menyahaktifkan pengukuran jika anda mendapati cahaya ini mengganggu.

  1. Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Oksigen Darah, kemudian nyahaktifkan Dalam Fokus Tidur dan Dalam Mod Pawagam.

Lihat sejarah ukuran Oksigen Darah anda

  1. Pergi ke app Kesihatan pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Cari, ketik Respiratori, kemudian ketik Oksigen Darah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.