Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Semak cuaca pada Apple Watch

Gunakan app Cuaca untuk menjejak keadaan cuaca semasa dan akan datang, tempatan atau di lokasi di seluruh dunia. Anda boleh menyemak butiran cuaca semasa seperti langit cerah atau mendung, suhu, kerpasan, angin, keadaan ultralembayung (UV), keterlihatan, kelembapan dan kualiti udara dengan mudah.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Bagaimanakah cuaca sekarang?” Lihat Minta Siri untuk mendapatkan maklumat.

Semak cuaca tempatan

  1. Pergi ke app Cuaca pada Apple Watch anda.

  2. Lihat keadaan semasa.

    App Cuaca menunjukkan gambaran keseluruhan cuaca untuk hari itu. Nama lokasi kelihatan di atas suhu semasa. Tiga butang berada di bahagian bawah—Indeks UV, Kelajuan Angin dan Kerpasan. Butang Senarai Lokasi berada di bahagian kiri atas dan butang Keadaan berada di bahagian kanan atas.
  3. Ketik paparan untuk mengitar menerusi paparan berikut:

    • Keadaan

    • Suhu

    • Kerpasan

    • Kelajuan angin

    • Indeks UV

    • Keterlihatan

    • Kelembapan

    • Kualiti udara (tidak tersedia di semua lokasi)

Petua: Anda juga boleh melihat widget Cuaca dalam Tindanan Pintar.

Jika cuaca tempatan tidak kelihatan pada Apple Watch anda apabila anda membuka app Cuaca, pastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan. Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda, ketik Privasi & Keselamatan, ketik Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi. Pada iPhone, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi, ketik Cuaca, kemudian pilih pilihan.

Lihat ramalan setiap jam dan 10 hari

  1. Pergi ke app Cuaca pada Apple Watch anda.

  2. Skrol ke bawah satu skrin untuk menunjukkan ramalan untuk 12 jam seterusnya, termasuk keadaan dan cuaca.

    App Cuaca menunjukkan ramalan suhu setiap jam.
  3. Skrol ke bawah lagi untuk menunjukkan ramalan 10 hari.

    Skrin ramalan 10 hari, menunjukkan suhu rendah dan tinggi yang dianggarkan untuk 4 hari.

Lihat metrik cuaca individu

Lihat butiran tentang metrik cuaca individu seperti suhu, kelembapan dan kualiti udara, kemudian menunjukkan maklumat ramalan hanya untuk metrik tersebut.

  • Pilih metrik: Ketik butang di bahagian kanan atas, kemudian pilih metrik seperti kualiti udara. Putar Digital Crown untuk menunjukkan maklumat ramalan hanya untuk metrik tersebut.

  • Kitar menerusi metrik: Ketik paparan untuk mengitar menerusi metrik yang tersedia.

Lihat amaran cuaca buruk

Apabila peristiwa cuaca yang signifikan diramalkan, amaran mungkin kelihatan di bahagian atas app Cuaca. Ketik amaran untuk mengetahui maklumat lanjut.

Nota: Amaran cuaca buruk tidak tersedia untuk semua lokasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.