Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dengar radio pada Apple Watch

Dalam app Muzik pada Apple Watch, anda boleh mencari Radio. Ia menampilkan Apple Music 1, Apple Music Hits, Apple Music Country, Apple Music Club, Apple Música Uno dan Apple Music Chill. Enam stesen ini menawarkan muzik terkini daripada pelbagai genre serta temu bual eksklusif dan anda tidak memerlukan langganan untuk menikmatinya.

Siri: Anda juga boleh menggunakan Siri untuk mendengar radio siaran dan stesen diurus oleh pakar muzik. Contohnya, minta Siri sesuatu seperti, “Dengar radio Fly FM”. Lihat Gunakan Siri untuk mendengar radio siaran.

Dengar radio Apple Music

Skrin Radio menunjukkan tiga stesen Apple Music. Butang Kini Dimainkan berada di bahagian kanan atas. Butang Balik berada di bahagian kiri atas.

Untuk mendengar radio Apple Music, pastikan Apple Watch anda berada berdekatan dengan iPhone anda atau disambungkan ke rangkaian Wi-Fi—atau rangkaian selular, jika Apple Watch anda mempunyai pelan selular.

  1. Pergi ke app Muzik pada Apple Watch anda.

  2. Daripada skrin Laman Utama, ketik butang Balik, ketik Radio, kemudian ketik stesen Apple Music.

Dengar stesen ditampilkan atau genre

  1. Pergi ke app Muzik pada Apple Watch anda.

  2. Daripada skrin Laman Utama, ketik butang Balik, ketik Radio, kemudian putar Digital Crown untuk skrol menerusi stesen dan genre yang dicipta oleh pakar muzik.

  3. Ketik genre untuk melihat stesennya, kemudian ketik stesen untuk memainkannya.

Terokai pilihan radio

Apabila memainkan stesen radio, anda boleh melihat perkara yang dimainkan seterusnya, menambah muzik ke pustaka anda atau senarai main, berkongsi lagu dan stesen, menandakan perkara yang anda suka dan tidak suka, serta pergi ke skrin artis atau album.

  1. Pergi ke app Muzik pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Radio, kemudian ketik stesen untuk memainkannya.

  3. Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian pilih pilihan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.