Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Aktifkan Waktu Sekolah dalam Pusat Kawalan pada Apple Watch

Dalam Pusat Kawalan, anda boleh mengaktifkan Waktu Sekolah pada bila-bila masa anda mahu fokus. Anda boleh mengaktifkan Waktu Sekolah sebagai alternatif kepada Jangan Ganggu atau Mod Pawagam apabila anda mahu menyenyapkan pemberitahuan dan melihat jam dengan mudah dengan gangguan visual yang sedikit.

Jam Waktu Sekolah menunjukkan jam analog dengan tarikh dan masa digital berhampiran bahagian tengah.

Tambah Waktu Sekolah ke Pusat Kawalan

  1. Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.

  2. Skrol ke bahagian bawah, kemudian ketik Edit.

  3. Ketik butang Tambah bersebelahan Waktu Sekolah, kemudian ketik Selesai.

Aktifkan Waktu Sekolah dalam Pusat Kawalan

  1. Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.

  2. Ketik butang Waktu Sekolah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.