Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan NameDrop pada Apple Watch untuk berkongsi maklumat hubungan

Anda boleh menggunakan NameDrop untuk saling bertukar maklumat hubungan baharu dengan iPhone atau Apple Watch yang berdekatan dengan cepat. (NameDrop memerlukan iOS 17.1, watchOS 10.1 atau lebih baharu pada kedua-dua peranti; NameDrop disokong pada Apple Watch SE generasi ke-2, Apple Watch Series 7 dan lebih baharu, serta model Apple Watch Ultra.)

Nota: NameDrop hanya berfungsi untuk menghantar maklumat hubungan baharu, bukan mengemas kini kenalan sedia ada.

Skrin NameDrop menunjukkan dua butang—Teruskan, yang membolehkan anda menerima kenalan serta berkongsi maklumat hubungan anda sendiri dan Terima, untuk hanya menerima maklumat kenalan orang lain.

Gunakan NameDrop untuk bertukar maklumat hubungan

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Kongsi daripada Apple Watch ke iPhone: Pegang paparan Apple Watch anda beberapa sentimeter daripada bahagian atas iPhone orang lain.

    • Kongsi daripada Apple Watch ke Apple Watch lain: Pergi ke app Kenalan pada Apple Watch anda, ketik gambar anda di penjuru kanan atas, ketik Kongsi, kemudian dekatkan jam anda dengan Apple Watch orang lain tersebut.

    Satu sinar muncul daripada bahagian atas kedua-dua peranti dan Apple Watch bergetar untuk menunjukkan sambungan sedang dibuat.

  2. Teruskan memegang peranti anda berdekatan satu sama lain hingga NameDrop kelihatan pada kedua-dua skrin.

  3. Pilih untuk saling berkongsi kad kenalan anda dan orang lain, atau hanya menerima kad kenalannya sahaja.

  4. Teruskan memegang peranti anda berdekatan satu sama lain.

    Untuk membatalkan, jauhkan kedua-dua peranti daripada satu sama lain sebelum NameDrop selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.