Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan Apple Watch semasa latihan

Apple Watch anda boleh menjadi pasangan yang aktif walaupun semasa latihan anda. Semasa berlatih, anda boleh melihat statistik latihan anda, menandakan segmen, memulakan Periksa dan banyak lagi.

Semak kemajuan anda semasa latihan

  1. Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Mulakan latihan.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Lihat statistik latihan anda: Angkat pergelangan anda untuk melihat statistik latihan anda, termasuk gelang pelengkapan matlamat anda, masa berlalu, purata kadar, jarak yang dilalui, kalori dibakar dan kadar jantung.

      Nota: Tiada gelang matlamat jika anda tidak mengesetkan matlamat.

    • Tukar paparan latihan: Putar Digital Crown.

      Untuk menukar paparan latihan yang anda mahu lihat semasa latihan, lihat Sesuaikan paparan latihan.

Anda juga boleh menerima maklum balas suara untuk isyarat penting dan kemajuan terhadap gelang Aktiviti anda. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Maklum Balas Suara, pergi ke app Seting pada Apple Watch anda, ketik Latihan, kemudian ketik Maklum Balas Suara.

Tandakan segmen latihan anda

  1. Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Mulakan latihan.

  3. Dwiketik paparan untuk menunjukkan segmen latihan anda.

    Anda melihat statistik untuk segmen tersebut buat seketika.

Pada model Apple Watch Ultra, jika anda mempunyai Latihan dipilih sebagai fungsi untuk butang Tindakan, anda boleh menekan butang Tindakan untuk menandakan segmen semasa latihan.

Untuk melihat semua statistik segmen anda selepas latihan, buka app Kecergasan pada iPhone anda, ketik Sesi, ketik latihan, kemudian skrol ke bawah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.