Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat pada Apple Watch

Anda boleh menyenyapkan panggilan masuk, menghentikan pemasa, menutup pemberitahuan dan banyak lagi secara serta-merta dengan menutup paparan atau melaksanakan pusing tangan.

Tutup paparan untuk menyenyapkan isyarat buat sementara

Untuk menyenyapkan Apple Watch dengan cepat apabila anda menerima isyarat—seperti panggilan telefon atau apabila pemasa tamat—letakkan tapak tangan anda pada paparan selama sekurang-kurangnya tiga saat. Anda akan merasa ketikan yang mengesahkan bahawa pemberitahuan telah disenyapkan. Anda masih boleh melakukan tindakan susulan seperti menjawab panggilan telefon atau mereset pemasa.

Secara lalai, Tutup untuk Senyap diaktifkan. Untuk menyahaktifkannya, pergi ke app Seting pada Apple Watch, kemudian ketik Gerak Isyarat.

Lakukan pusing tangan untuk menyenyapkan dan menutup pemberitahuan

Pusing pergelangan tangan anda dan kembali dengan cepat untuk menutup sebarang perkara dan kembali ke muka jam. Anda boleh menyenyapkan panggilan masuk, menghentikan pemasa, menutup pemberitahuan dan banyak lagi—walaupun semasa tangan anda penuh.

Gerak isyarat pusing tangan disokong pada Apple Watch SE 3, Apple Watch Series 9, Apple Watch Ultra 2 dan lebih baharu.

Secara lalai, Pusing Tangan diaktifkan. Untuk menyahaktifkannya, pergi ke app Seting pada Apple Watch, kemudian ketik Gerak Isyarat.

Perlu menyenyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan? Aktifkan Mod Senyap, Jangan Ganggu dan mod lain dalam Pusat Kawalan. Lihat Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan pada Apple Watch.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.