Edit dan susun senarai dalam Peringatan pada Apple Watch

Dalam app Peringatan, edit dan padam item, serta susun semula senarai untuk kekal teratur.

Edit peringatan

  1. Pergi ke app Peringatan pada Apple Watch anda.

  2. Ketik senarai, ketik item, kemudian ketik Edit.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Namakan semula peringatan: Edit teks.

    • Tambah nota: Ketik Tambah Nota, kemudian masukkan nota.

    • Tambah tarikh dan masa: Ketik Tarikh, kemudian pilih tarikh. Ketik Masa, ketik AM atau PM, ketik jam atau minit, kemudian putar Digital Crown untuk memilih masa. Jika anda menambah tarikh dan masa, anda juga boleh memilih untuk mengulangi peringatan.

    • Tambah tag: Ketik Tag, kemudian pilih tag sedia ada atau ketik Cipta Baharu.

    • Tambah lokasi: Ketik Lokasi, kemudian pilih tempat anda mahu diingatkan—contohnya, apabila anda tiba di rumah atau masuk ke dalam kereta dengan sambungan Bluetooth ke Apple Watch anda.

    • Benderakan peringatan: Aktifkan Bendera.

    • Pilih keutamaan: Ketik Keutamaan, kemudian ketik Rendah, Sederhana, atau Tinggi.

    • Tetapkan peringatan ke senarai berlainan: Ketik Senarai, kemudian ketik senarai.

Padam peringatan

  1. Pergi ke app Peringatan pada Apple Watch anda.

  2. Ketik senarai untuk membukanya, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Leret kiri pada item yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik butang Padam.

    • Ketik item, skrol ke bawah, ketik Padam, kemudian ketik Padam lagi.

Jika anda menukar fikiran, anda boleh memulihkan item. Pada iPhone anda, buka app Peringatan, pergi ke senarai Terbaru Dipadam, leret kiri pada item, kemudian ketik Alih dan pilih folder.

Tukar tertib senarai

Anda boleh menyusun semula senarai anda pada iPhone.

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPhone anda.

  2. Dalam paparan senarai, ketik butang Pilihan Lanjut, ketik Edit Senarai, kemudian seret senarai ke lokasi baharu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.