Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ping iPhone anda dengan Apple Watch

Apple Watch boleh membantu anda mencari iPhone anda yang berdekatan dengan memainkan bunyi. Dengan sesetengah model Apple Watch, anda juga boleh menggunakan Pencarian Tepat dan melihat arah umum dan jarak ke iPhone anda.

Ping iPhone anda dengan bunyi

  1. Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.

  2. Ketik butang Ping iPhone.

    Pusat Kawalan, dengan butang Ping iPhone ditunjukkan di bahagian kanan tengah.
  3. iPhone anda memainkan bunyi supaya anda boleh menjejakinya.

    Petua: Dalam gelap? Sentuh dan tahan butang Ping iPhone dan iPhone anda juga berdenyar.

Jika iPhone anda tidak berada dalam julat Apple Watch, cuba gunakan Cari daripada iCloud.com.

Ping dan cari iPhone anda dengan Pencarian Tepat

Dengan Pencarian Tepat, anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk membantu mencari iPhone anda dengan memainkan bunyi serta menunjukkan arah dan jarak.

Nota: Pencarian Tepat disokong pada Apple Watch Series 9 dan lebih baharu (kecuali model Apple Watch SE), semua model Apple Watch Ultra dan iPhone 15 dan lebih baharu. Pencarian Tepat tidak tersedia di semua negara dan rantau.

  1. Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.

  2. Ketik butang Ping iPhone.

    iPhone anda memainkan bunyi dan jika iPhone anda berada dalam julat, Apple Watch memaparkan arah umum dan jarak ke iPhone anda—sebagai contoh, 50 kaki.

  3. Untuk memainkan bunyi pada iPhone anda semasa anda menjejakinya, ketik butang Ping iPhone di penjuru kanan bawah.

    Petua: Dalam gelap? Sentuh dan tahan butang Ping iPhone supaya iPhone anda berdenyar.

  4. Ikuti arah yang ditunjukkan pada skrin, lakukan pelarasan semasa arah bergerak.

    Apabila anda berada berdekatan dengan iPhone anda, skrin jam bertukar hijau dan iPhone ping dua kali.

Jika iPhone anda tidak berada dalam julat Apple Watch, cuba gunakan Cari Peranti di iCloud.com.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.