Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan buku audio pada Apple Watch

Anda boleh menggunakan app Buku Audio untuk memainkan buku audio daripada Apple Books pada Apple Watch anda.

Mainkan buku audio yang disimpan pada Apple Watch

  1. Selepas anda Sambungkan Apple Watch ke fon kepala atau speaker Bluetooth, buka app Buku Audio pada Apple Watch anda.

  2. Pada skrin Laman Utama, putar Digital Crown untuk skrol menerusi karya seni.

  3. Ketik buku audio untuk memainkannya.

Skrin Laman Utama dalam app Buku Audio. Butang Kini Dimainkan berada di bahagian kanan atas. Buku yang sedang dimainkan ditunjukkan di bahagian tengah, dengan baki masa ditunjukkan di bawah tajuk.

Mainkan buku audio daripada pustaka anda

Jika Apple Watch anda berdekatan dengan iPhone anda atau disambungkan ke rangkaian Wi-Fi (atau rangkaian selular, untuk model Apple Watch dengan selular), anda boleh strim buku audio daripada pustaka buku audio anda ke Apple Watch anda.

  1. Buka app Buku Audio pada Apple Watch anda.

  2. Daripada skrin Laman Utama, ketik butang Balik, ketik Pustaka, kemudian ketik buku audio untuk memainkannya.

Anda juga boleh memainkan buku audio yang dibeli daripada Apple Books oleh ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Pada skrin Buku Audio, ketik Keluarga Saya, kemudian ketik buku audio. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang Perkongsian Keluarga.

App Buku Audio menunjukkan butang Laman Utama, Pustaka dan Keluarga Saya.

Gunakan Siri untuk memainkan buku audio

Gunakan Siri untuk memainkan buku audio dalam pustaka anda.

“Mainkan buku audio ‘The House in the Pines.’”

Kawal main balik

Skrin Main untuk buku audio. Butang Tutup berada di bahagian kiri atas, butang Lagi di bahagian kanan atas, butang langkau ke belakang 15 saat di bahagian kiri bawah, butang Main/Jeda di bahagian tengah bawah dan butang langkau ke depan 15 saat di bahagian kanan bawah. Di bahagian tengah ialah karya seni buku, nombor bab fan baki masa dalam bab.

Putar Digital Crown untuk melaraskan kelantangan. Gunakan kawalan ini untuk memainkan buku audio:

butang Main

Mainkan buku audio.

butang Jeda

Jeda main balik.

butang Langkau ke Depan

Langkau ke depan 15 saat.

butang Langkau ke Belakang

Langkau ke belakang 15 saat.

Untuk menyembunyikan kawalan, ketik paparan.

Pilih peranti AirPlay, pilih bab dan laraskan kelajuan

  1. Buka app Buku Audio pada Apple Watch anda.

  2. Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Pilih peranti AirPlay: Ketik AirPlay, kemudian pilih peranti.

    • Pilih bab: Ketik Trek.

    • Laraskan kelajuan main balik: Ketik butang tambah dan tolak untuk memilih kelajuan main balik—.75x, 1x, 1.25x, 1.5x, 1.75x atau 2x.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.