Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Metrik berlari pada Apple Watch

Paparan Latihan untuk latihan Larian Luar

Latihan Larian Luar menyertakan metrik ini:

  • Metrik: Kadar jantung semasa, batu berterusan, purata kadar, jarak

  • Metrik 2: Kadens berlari, panjang langkah, masa sentuh tanah, ayunan menegak

  • Zon Kadar Jantung: Kadar jantung semasa, masa dalam zon, purata kadar jantung

  • Pisahan: Nombor pisahan, kadar pisahan, jarak pisahan, kadar jantung semasa

  • Segmen: Nombor segmen, kadar segmen, jarak segmen, kadar jantung semasa

  • Ketinggian: Profil ketinggian sepanjang 30 minit lalu, peningkatan ketinggian, peningkatan semasa

  • Kuasa: Profil kuasa sepanjang 30 minit lalu, kuasa semasa, kadens berlari

  • Gelung aktiviti: Bergerak, bersenam, berdiri

Perihal cara berlari dan kuasa berlari

Latihan berlari yang sedang berjalan menunjukkan masa berlalu latihan, kadar jantung, kadar satu batu terakhir, purata kadar dan jumlah jarak dilalui.

Apple Watch boleh membantu mengukur dan memaparkan unsur cara berlari anda. Ia termasuklah yang berikut:

  • Ayunan menegak Jumlah torso anda bergerak secara menegak dengan setiap langkah semasa berlari, diukur dalam sentimeter (cm).

  • Masa sentuhan tanah: Tempoh masa kaki anda bersentuhan dengan tanah apabila berlari, diukur dalam milisaat (ms).

  • Panjang langkah: Jarak diliputi setiap langkah larian, diukur dalam meter (m).

Apple Watch juga boleh membantu mengukur kuasa berlari anda semasa latihan Larian Luar. Kuasa berlari mengukur output kerja yang anda lakukan apabila anda berlari, diukur dalam watt.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.