Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar bahasa dan orientasi pada Apple Watch

Pilih bahasa atau rantau

Jika anda telah menyediakan iPhone anda untuk menggunakan lebih daripada satu bahasa, anda boleh memilih bahasa yang kelihatan pada Apple Watch anda.

  1. Buka app Apple Watch pada iPhone anda.

  2. Ketik Jam Saya, pergi ke Umum > Bahasa & Rantau, ketik Tersuai, kemudian pilih bahasa.

Untuk menambah bahasa, ketik Tambah Bahasa, kemudian buat pilihan.

Nota: Dalam bahasa disokong yang menggunakan genus tatabahasa, anda boleh memilih kata panggilan anda untuk menentukan cara anda mahu dipanggil pada semua sistem (feminin, maskulin atau neutral).

Skrin Bahasa dan Rantau dalam app Apple Watch, dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol kelihatan di bawah Bahasa Pilihan.

Tukar tangan atau orientasi Digital Crown

Jika anda mahu mengalihkan Apple Watch anda ke tangan satu lagi atau mengutamakan Digital Crown di sebelah yang lain, laraskan seting orientasi anda supaya mengangkat tangan akan membangunkan Apple Watch anda dan memutarkan Digital Crown akan mengalihkan benda dalam arah yang anda mahukan.

  1. Buka app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Pergi ke Umum > Orientasi.

Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Orientasi Jam.

Pintasan skrin Orientasi pada Apple Watch Anda boleh setkan pergelangan tangan anda dan keutamaan Digital Crown.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.