Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kawal Apple TV dengan Apple Watch

Anda boleh menggunakan Apple Watch anda sebagai kawalan jauh untuk Apple TV apabila anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama.

Pasangkan Apple Watch anda dengan Apple TV

Jika iPhone anda tidak pernah menyertai rangkaian Wi-Fi yang Apple TV disambungkan padanya, sertainya sekarang, kemudian ikuti langkah ini:

  1. Buka app Remote pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Apple TV anda. Jika anda tidak melihatnya disenaraikan, ketik butang Tambah.

  3. Pada Apple TV, pergi ke Seting > Remote dan Peranti > App Remote dan Peranti, kemudian pilih Apple Watch.

  4. Masukkan kod laluan yang dipaparkan pada Apple Watch anda.

Apabila ikon berpasangan kelihatan bersebelahan Apple Watch, ia sedia untuk mengawal Apple TV.

Gunakan Apple Watch anda untuk mengawal Apple TV

Pastikan Apple TV bangun, kemudian ikuti langkah ini:

  1. Buka app Remote pada Apple Watch anda.

  2. Pilih Apple TV anda, kemudian leret ke atas, bawah, kiri, atau kanan untuk bergerak menerusi pilihan menu Apple TV.

  3. Ketik untuk memilih item dipilih.

  4. Ketik butang Main/Jeda untuk menjeda atau menyambung main semula.

  5. Ketik butang Balik untuk pergi balik, atau ketik butang Utama untuk kembali ke menu utama.

Petua: Anda juga boleh membuka app Remote daripada app Kini Bermain . Dalam Kini Bermain, ketik butang Balik, pilih Apple TV anda, ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Kawalan Jauh TV.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.