Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Balas mesej pada Apple Watch

Balas mesej

Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah mesej, kemudian pilih bagaimana untuk membalas.

Untuk membalas dengan cepat dengan Tapback, dwiketik mesej tertentu dalam perbualan, kemudian pilih Tapback—seperti ibu jari atas atau hati.

Perbualan Mesej dengan pilihan Tapback: hati, ibu jari atas, ibu jari bawah, Ha Ha, !! dan ?. Butang Balas berada di bawah.

Balas secara terus kepada satu mesej dalam perbualan.

Dalam perbualan kumpulan, anda boleh membalas ke mesej tertentu sebaris untuk membantu memastikan perbualan teratur.

  1. Dalam perbualan Mesej, dwiketik mesej tertentu untuk membalas kepadanya, kemudian ketik Balas.

  2. Cipta respons anda, kemudian ketik Hantar.

    Hanya orang yang anda balas dapat melihat mesej tersebut.

Kongsi mesej

Rakan kerap menyertakan maklumat dan sentimen dalam mesej mereka yang anda mahu kongsikan dengan orang lain. Untuk berkongsi mesej, ikuti langkah ini:

  1. Dalam perbualan Mesej,dwiketik mesej tertentu, kemudian ketik Kongsi.

  2. Pilih orang yang anda kerap bertukar mesej, atau ketik Mesej atau Mail.

  3. Jika anda telah memilih Mesej atau Mail, tambah kenalan dan jika anda menghantar e-mel, subjek.

  4. Ketik Hantar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.