Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ketahui gerak isyarat untuk model iPhone dengan Face ID

Ini rujukan yang mudah untuk gerak isyarat yang anda gunakan bagi berinteraksi dengan iPhone yang mempunyai Face ID.

Gerak Isyarat

Perihalan

Ilustrasi iPhone dengan anak panah yang menandakan leretan ke atas dari bahagian bawah.

Pergi ke Utama. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk kembali ke Skrin Utama pada bila-bila masa. Lihat Buka app pada iPhone.

Ilustrasi iPhone dengan anak panah yang menandakan leretan ke bawah dari penjuru kanan atas.

Akses kawalan dengan cepat. Leret ke bawah dari penjuru kanan atas untuk membuka Pusat Kawalan; sentuh dan tahan kawalan untuk mendedahkan lebih pilihan. Untuk menambah atau mengeluarkan kawalan, pergi ke Seting  > Pusat Kawalan. Lihat Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPhone.

Ilustrasi iPhone. Garis dengan penghujung bertitik menandakan seret ke atas dari bahagian bawah skrin, kemudian jeda.

Buka Penukar App. Leret ke atas dari pinggir bawah, jeda di tengah skrin, kemudian angkat jari anda. Untuk melayari app terbuka, leret ke kanan, kemudian ketik app yang anda mahu gunakan. Lihat Tukar antara app terbuka pada iPhone.

Ilustrasi iPhone. Anak panah berkepala dua menandakan meleret ke kiri dan kanan merentas pinggir bawah skrin.

Tukar antara app terbuka. Leret ke kanan atau kiri di sepanjang pinggir bawah skrin untuk menukar antara app terbuka dengan cepat. Lihat Tukar antara app terbuka pada iPhone.

Ilustrasi iPhone dengan anak panah menunjukkan butang sisi di bahagian kanan atas.

Gunakan Siri. Hanya sebut “Siri” atau “Hai Siri”. Atau tekan dan tahan butang sisi semasa anda bertanya soalan atau membuat permintaan. Lihat Ketahui cara menggunakan Siri.

Ilustrasi iPhone dengan dua anak panah menandakan dwiklik butang sisi di bahagian kanan atas.

Gunakan Apple Pay. Dwiklik butang sisi untuk memaparkan kad kredit lalai anda untuk Apple Pay, kemudian sekilas pandang pada iPhone untuk mengesahkan dengan Face ID. Lihat Gunakan Apple Pay untuk bayaran tanpa sentuhan pada iPhone.

Ilustrasi iPhone dengan tiga anak panah menandakan klik tiga kali butang sisi di bahagian kanan atas.

Gunakan Pintasan Kebolehcapaian. Klik tiga kali butang sisi. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat pada iPhone.

Ilustrasi iPhone dengan anak panah menunjukkan butang sisi di bahagian kanan atas dan butang tingkatkan kelantangan di bahagian kiri.

Ambil gambar skrin. Tekan dan lepas butang sisi dan butang naikkan kelantangan dengan cepat secara serentak. Lihat Ambil gambar skrin pada iPhone yang mempunyai Face ID.

Ilustrasi iPhone dengan anak panah menunjukkan butang sisi di bahagian kanan atas dan butang kelantangan di bahagian kiri atas.

Gunakan SOS Kecemasan (semua negara atau rantau kecuali India). Tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan secara serentak sehingga gelangsar kelihatan dan kira detik pada SOS Kecemasan tamat, kemudian lepaskan butang. Lihat Hubungi perkhidmatan kecemasan dengan cepat (semua negara atau rantau kecuali India).

Ilustrasi iPhone dengan anak panah yang menandakan klik tiga kali butang sisi di bahagian kanan atas.

Gunakan SOS Kecemasan (di India). Tekan butang sisi 3 kali dengan cepat hingga gelangsar kelihatan dan kira detik pada SOS Kecemasan tamat.

Jika anda telah mengaktifkan Pintasan Kebolehcapaian, tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan secara serentak sehingga gelangsar kelihatan dan kira detik pada SOS Kecemasan tamat, kemudian lepaskan butang.

Lihat Hubungi perkhidmatan kecemasan dengan cepat (India).

Ilustrasi iPhone dengan anak panah menunjukkan butang sisi di bahagian kanan atas dan butang kelantangan di bahagian kiri atas.

Matikan. Tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan serentak sehingga gelangsar kelihatan, kemudian seret gelangsar di bahagian atas untuk mematikan kuasa. Atau pergi ke Seting > Umum > Tutup. Lihat Matikan iPhone.

Ilustrasi iPhone dengan anak panah menunjukkan butang sisi di bahagian kanan atas dan butang tingkatkan dan turunkan kelantangan di bahagian kiri atas.

Mulakan semula secara paksa. Tekan dan lepaskan butang tingkatkan kelantangan, tekan dan lepaskan butang turunkan kelantangan, kemudian tekan dan tahan butang sisi sehingga logo Apple kelihatan. Lihat Mula semula paksa iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.