Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Apple Pay dalam app dan di web pada iPhone

Anda boleh membuat pembelian menggunakan Apple Pay dalam app, Klip App dan di web di mana-mana sahaja anda melihat butang Apple Pay.

Nota: Apple Pay dan cirinya tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Negara dan rantau yang menyokong Apple Pay.

Bayar dalam app, Klip App atau Safari

  1. Semasa daftar keluar, ketik butang Apple Pay.

    Troli beli-belah app menunjukkan harga item dipilih. Butang Apple Pay berada di bahagian kiri bawah.
  2. Semak maklumat bayaran dan setkan mana-mana yang berikut:

    • Kaedah bayaran

      Anda boleh memilih kad bayaran berbeza; anda juga boleh membayar dengan ganjaran atau ansuran (tersedia pada kad daripada bank dan penyedia kad yang mengambil bahagian dalam pasaran tertentu; tertakluk pada kelayakan dan kelulusan).

    • Alamat pengebilan dan penghantaran

    • Maklumat hubungan

      Petua: Jika anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Sembunyikan E-mel Saya untuk memastikan alamat e-mel sebenar anda kekal peribadi.

  3. Sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda untuk melengkapkan bayaran.

Lihat artikel Sokongan Apple Bayar dengan ganjaran menggunakan Apple Pay dan Bayar dengan ansuran menggunakan Apple Pay.

Gunakan Apple Pay dalam pelayar pihak ketiga pada Mac, peranti Windows dan peranti lain

Apabila anda membeli-belah dalam pelayar web pihak ketiga yang disokong, anda boleh melengkapkan pembelian dengan Apple Pay menggunakan maklumat bayaran pada iPhone anda. (Tidak tersedia di semua negara atau rantau.)

  1. Semasa membayar, klik Apple Pay, kemudian imbas kod menggunakan kamera iPhone anda.

  2. Pada iPhone anda, semak maklumat bayaran dan setkan mana-mana yang berikut:

    • Kaedah bayaran

    • Alamat pengebilan dan penghantaran

    • Maklumat hubungan

  3. Sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda untuk melengkapkan bayaran.

Lihat bayaran yang telah dibenarkan

Anda boleh melihat bayaran yang telah dibenarkan yang dibuat dengan Apple Pay untuk caj masa depan dan berulang seperti langganan.

  1. Pergi ke app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Bayaran Prawenang.

    Kad kredit dalam app Wallet.
  3. Ketik bayaran untuk melihat butiran.

  4. Untuk membatalkan perkhidmatan anda atau mengurus kaedah bayaran, hubungi pedagang secara terus. (Untuk pedagang yang mengambil bahagian, ketik Urus.)

  5. Untuk mengelakkan pedagang daripada mengecaj kad anda secara automatik, ketik Batalkan Kebenaran Bayaran.

    Nota: Membatalkan kebenaran bayaran tidak akan membatalkan perkhidmatan anda.

Aktifkan penjejakan pesanan

Apabila anda membuat pembelian daripada pedagang yang ikut serta, anda boleh menjejak pesanan anda dalam app Wallet  pada iPhone anda.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik Wallet & Apple Pay, kemudian skrol ke bawah dan ketik Penjejakan Pesanan.

  3. Aktifkan mana-mana yang berikut:

    • Apple Pay: Pesanan daripada pedagang yang ikut serta akan ditambah secara automatik ke Wallet apabila anda menggunakan Apple Pay pada iPhone, iPad atau Mac anda.

    • Mail: Benarkan Apple Intelligence* & Siri untuk mengemas kini Wallet dengan maklumat penjejakan pesanan daripada e-mel anda pada iPhone, iPad atau Mac anda.

      Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Untuk melihat pesanan dijejak anda, pergi ke app Wallet , ketik butang Lagi, kemudian ketik Pesanan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jejak pesanan dan pembelian dalam Apple Wallet.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.